Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian VII · Persaingan

56. Pemberitahuan percantuman

Feedback & support
(1)

Suatu pihak yang terlibat dalam suatu percantuman yang memohon supaya percantuman itu dipertimbangkan di bawah seksyen ini hendaklah—

(a)

memberitahu Suruhanjaya mengenai percantuman itu; dan

(b)

memohon kepadanya bagi suatu keputusan.

(2)

Tertakluk kepada seksyen 59 dan 62, atas suatu permohonan di bawah seksyen ini, Suruhanjaya boleh membuat keputusan mengenai―

(a)

sama ada larangan dalam seksyen 54 telah dilanggar; dan

(b)

jika larangan itu tidak dilanggar, sama ada hal itu—

(i)

disebabkan oleh kesan suatu pengecualian;

(ii)

disebabkan oleh percantuman itu dikecualikan daripada larangan di bawah subseksyen 59(2); atau

(iii)

disebabkan oleh suatu aku janji telah diterima menurut seksyen 62.

(3)

Suatu sebutan dalam mana-mana peruntukan Akta ini mengenai permohonan atau pemberitahuan di bawah seksyen 56

hendaklah termasuk sebutan mengenai permohonan atau pemberitahuan di bawah seksyen 55 yang dianggap oleh Suruhanjaya sebagai permohonan atau pemberitahuan di bawah seksyen 56 menurut subseksyen 55(5).

62

Undang-Undang Malaysia

Report

Bahagian VIII

Hak Trafik Udara dan Penguntukan Slot

Bahagian IX

Obligasi Perkhidmatan Awam

Bahagian X

Perlindungan Pengguna

Bahagian XI

Penyelesaian Pertikaian

Bahagian XII

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian XIII

Bahagian XIII

Bahagian XIV

Kecualian dan Peralihan

Schedules