Malaysian Aviation Commission Act 2015 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian VII · Persaingan
59. Dapatan pelanggaran
Feedback & supportJika Suruhanjaya memutuskan bahawa terdapat pelanggaran suatu larangan di bawah Bahagian ini, Suruhanjaya—
hendaklah menghendaki supaya pelanggaran itu dihentikan dengan serta-merta;
boleh menyatakan langkah-langkah yang dikehendaki untuk diambil oleh perusahaan yang melanggar, yang pada hemat
Suruhanjaya adalah sesuai untuk menghentikan pelanggaran itu;
boleh mengenakan penalti kewangan yang tidak melebihi sepuluh peratus daripada pusing ganti seluruh dunia suatu perusahaan sepanjang tempoh pelanggaran itu berlaku; atau
boleh memberikan apa-apa arahan lain yang difikirkannya sesuai.
Suruhanjaya hendaklah, dalam masa empat belas hari selepas membuat keputusan di bawah Bahagian ini, memberitahu mana-mana orang yang terjejas dengan keputusan itu dan orang itu boleh, dalam masa empat belas hari dari tarikh notis itu, memohon kepada Menteri bagi aktiviti komersial, perjanjian, percantuman atau percantuman yang dijangkakan yang terpakai, mengikut mana-mana yang berkenaan, supaya dikecualikan daripada larangan itu atas alasan pertimbangan kepentingan awam.
Menteri boleh membatalkan pengecualian yang diberikan di bawah subseksyen (2) jika Menteri mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa maklumat yang berdasarkannya keputusan dibuat adalah tidak lengkap, palsu atau mengelirukan dalam butir yang material.
Suruhanjaya hendaklah menyediakan dan menyiarkan sebab-sebab bagi setiap keputusan yang dibuatnya di bawah seksyen ini.
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 65