Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian VII · Persaingan

54. Percantuman

Feedback & support
(1)

Percantuman yang telah mengakibatkan, atau dijangka akan mengakibatkan, pengurangan persaingan yang substansial dalam mana-mana pasaran perkhidmatan penerbangan dilarang.

(2)

Bagi maksud Penggal ini, suatu percantuman berlaku jika—

56

Undang-Undang Malaysia

(a)

dua perusahaan atau lebih, yang sebelum ini adalah berasingan daripada satu sama lain, bercantum;

(b)

seorang atau satu perusahaan atau lebih memperoleh kawalan secara langsung atau tidak langsung keseluruhan atau sebahagian daripada satu perusahaan atau lebih;

(c)

akibat daripada pemerolehan oleh satu perusahaan

(perusahaan pertama) ke atas aset (termasuk nama baik), atau suatu bahagian aset itu yang substantial, kepunyaan perusahaan lain (perusahaan kedua) adalah untuk meletakkan perusahaan pertama itu dalam kedudukan untuk menggantikan atau menggantikan sebahagian besar perusahaan kedua dalam perniagaan itu atau, sebagaimana sesuai, bahagian yang berkaitan bagi perniagaan itu yang dalamnya perusahaan itu terlibat sebaik sebelum pemerolehan itu; atau

(d)

suatu usaha sama diwujudkan untuk melaksanakan, secara berkekalan, semua fungsi suatu entiti ekonomi yang berautonomi.

(3)

Bagi maksud Penggal ini, kawalan, berhubung dengan suatu perusahaan, hendaklah dianggap wujud jika, oleh sebab hak, kontrak atau apa-apa kaedah lain, atau mana-mana kombinasi hak, kontrak atau kaedah lain, pengaruh muktamad berupaya untuk dijalankan berkenaan dengan aktiviti perusahaan itu dan, khususnya, melalui―

(a)

pemilikan, atau hak untuk menggunakan kesemua atau sebahagian daripada aset perusahaan itu; atau

(b)

hak atau kontrak yang membolehkan pengaruh muktamad dijalankan berkenaan dengan komposisi, undian atau keputusan perusahaan itu.

(4)

Bagi maksud Penggal ini, kawalan diperoleh oleh mana-mana orang atau perusahaan lain jika orang itu atau perusahaan itu―

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 57

(a)

menjadi pemegang hak atau kontrak, atau berhak untuk menggunakan kaedah lain, yang disebut dalam subseksyen

(3)

; atau

(b)

walaupun tidak menjadi pemegang itu atau tidak berhak untuk menggunakan kaedah lain itu, memperoleh kuasa untuk menjalankan hak yang berbangkit daripadanya.

(5)

Dalam menentukan sama ada jenis pengaruh yang disebut dalam subseksyen (3) berupaya untuk dijalankan, perhatian hendaklah diberikan kepada semua hal keadaan perkara itu dan tidak semata-mata kepada kesan undang-undang mana-mana surat cara, surat ikatan, pemindahan, penyerahhakan atau perbuatan lain yang dilakukan atau dibuat.

(6)

Bagi maksud Penggal ini, suatu percantuman tidak disifatkan berlaku jika―

(a)

orang yang memperoleh kawalan merupakan seorang penerima atau penyelesai yang bertindak sebagai demikian atau seorang penaja jamin yang bertindak sebagai demikian;

(b)

semua perusahaan yang terlibat dengan percantuman itu adalah, secara langsung atau tidak langsung, di bawah kawalan perusahaan yang sama;

(c)

kawalan diperoleh semata-mata akibat daripada pemberian wasiat, kematian tidak berwasiat atau hak penakatan di bawah penyewaan bersama; atau

(d)

kawalan diperoleh oleh suatu perusahaan yang aktiviti lazimnya termasuklah menjalankan transaksi dan urus niaga dalam sekuriti untuk akaunnya sendiri atau akaun orang lain, dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam subseksyen (7).

(7)

Hal keadaan yang disebut dalam perenggan (6)(d) adalah seperti yang berikut:

58

Undang-Undang Malaysia

(a)

kawalan yang berkenaan dibentuk oleh pemegangan perusahaan itu, secara sementara, melalui sekuriti yang diperoleh dalam perusahaan lain; dan

(b)

apa-apa penjalanan bagi hak mengundi oleh perusahaan itu berkenaan dengan sekuriti itu, sementara kawalan itu wujud―

(i)

adalah bagi maksud mengaturkannya bagi pelupusan, dalam tempoh yang dinyatakan itu, kesemua atau sebahagian daripada perusahaan lain atau asetnya atau sekuritinya; dan

(ii)

bukanlah bagi maksud menentukan cara apa-apa aktiviti perusahaan lain itu, yang merupakan aktiviti yang boleh memberi kesan kepada persaingan dalam pasaran perkhidmatan penerbangan, dijalankan.

(8)

Dalam subseksyen (7), “tempoh yang dinyatakan” ertinya―

(a)

tempoh dua belas bulan dari tarikh kawalan perusahaan lain itu diperoleh; atau

(b)

jika dalam suatu hal tertentu perusahaan itu menunjukkan bahawa adalah tidak mungkin secara munasabah untuk menguatkuasakan pelupusan yang berkenaan dalam tempoh yang disebut dalam perenggan (a), dalam apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang ditentukan dan dinyatakan oleh Suruhanjaya berkenaan dengan hal itu.

Report

Bahagian VIII

Hak Trafik Udara dan Penguntukan Slot

Bahagian IX

Obligasi Perkhidmatan Awam

Bahagian X

Perlindungan Pengguna

Bahagian XI

Penyelesaian Pertikaian

Bahagian XII

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian XIII

Bahagian XIII

Bahagian XIV

Kecualian dan Peralihan

Schedules