Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian VII · Persaingan

65. Kuasa untuk mengeluarkan garis panduan

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya boleh mengeluarkan dan menyiarkan apa-apa garis panduan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan Bahagian ini dengan lebih baik.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Suruhanjaya boleh mengeluarkan garis panduan mengenai—

(a)

analisis ekonomi dan perundangan yang akan digunakan untuk menentukan kes di bawah Bahagian ini;

(b)

prinsip yang akan digunakan untuk menentukan apa-apa penalti atau remedi yang dikenakan di bawah Bahagian ini;

(c)

jenis percantuman yang dijangkakan yang boleh dipertimbangkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 55; dan

(d)

tatacara yang hendak diikuti oleh mana-mana pihak yang membuat permohonan di bawah seksyen 55 atau 56.

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 69

(3)

Suruhanjaya boleh membatalkan, mengubah, menyemak semula atau meminda keseluruhan atau mana-mana bahagian mana-mana garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.

(4)

Suruhanjaya boleh mengenakan suatu penalti kewangan bagi apa-apa ketidakpatuhan terhadap mana-mana garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini―

(a)

jika orang itu merupakan seorang individu, setakat suatu amaun yang tidak melebihi satu juta ringgit; atau

(b)

jika orang itu merupakan suatu pertubuhan perbadanan, setakat suatu amaun yang tidak melebihi lima peratus daripada pusing ganti tahunan pertubuhan perbadanan itu dari tahun kewangan yang sebelumnya.

(5)

Bagi maksud seksyen ini―

“tahun kewangan” ertinya tempoh yang berkenaan dengannya apa-apa penyata kewangan disediakan sama ada tempoh itu genap satu tahun atau tidak;

“pusing ganti tahunan” ertinya agregat semua jumlah wang yang diterima semasa menjalankan perniagaan sepanjang tahun kewangan, sebagaimana yang dinyatakan atau selainnya ditunjukkan dalam akaun perniagaan, termasuk pemberian daripada mana-mana Kerajaan

Persekutuan atau Kerajaan Negeri.

Report

Bahagian VIII

Hak Trafik Udara dan Penguntukan Slot

Bahagian IX

Obligasi Perkhidmatan Awam

Bahagian X

Perlindungan Pengguna

Bahagian XI

Penyelesaian Pertikaian

Bahagian XII

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian XIII

Bahagian XIII

Bahagian XIV

Kecualian dan Peralihan

Schedules