Malaysian Aviation Commission Act 2015 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian VII · Persaingan
62. Kuasa untuk menerima aku janji
Feedback & supportSuruhanjaya boleh, tertakluk kepada syarat-syarat yang boleh dikenakan oleh Suruhanjaya, menerima daripada suatu perusahaan suatu aku janji untuk membuat atau menahan daripada membuat apa-apa jua yang difikirkan sesuai oleh Suruhanjaya.
Jika Suruhanjaya menerima aku janji di bawah subseksyen
, Suruhanjaya hendaklah, berhubung dengan suatu pelanggaran, menutup penyiasatan itu tanpa membuat apa-apa dapatan pelanggaran dan tidak boleh mengenakan penalti ke atas perusahaan itu.
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 67
Mana-mana aku janji yang diterima oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini ialah suatu dokumen yang tersedia untuk diperiksa oleh orang awam mengikut cara yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Peruntukan mana-mana aku janji yang diterima oleh
Suruhanjaya di bawah seksyen ini hendaklah boleh dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya seolah-olah peruntukan itu telah dinyatakan dalam suatu keputusan yang diberikan kepada perusahaan yang memberikan aku janji itu menurut seksyen 59.