Malaysian Aviation Commission Act 2015 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian VII · Persaingan
63. Kajian semula pasaran perkhidmatan penerbangan
Feedback & supportSuruhanjaya boleh, atas inisiatifnya sendiri atau atas permintaan Menteri, menjalankan suatu kajian semula ke atas mana-mana pasaran perkhidmatan penerbangan untuk menentukan sama ada apa-apa ciri atau gabungan ciri pasaran itu menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan dalam pasaran itu.
Kajian semula pasaran perkhidmatan penerbangan itu termasuklah kajian semula terhadap—
struktur pasaran perkhidmatan penerbangan yang berkenaan;
perlakuan perusahaan dalam pasaran perkhidmatan penerbangan;
perlakuan pembekal dan pengguna kepada perusahaan dalam pasaran perkhidmatan penerbangan; atau
apa-apa perkara berkaitan yang lain.
Apabila selesai kajian semula pasaran perkhidmatan penerbangan itu, Suruhanjaya hendaklah menyiarkan laporan mengenai dapatan dan syornya.
68
Undang-Undang Malaysia
Laporan Suruhanjaya itu hendaklah dijadikan tersedia kepada orang awam.