Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian VII · Persaingan

52. Pengecualian blok

Feedback & support
(1)

Jika perjanjian-perjanjian yang tergolong dalam suatu kategori perjanjian tertentu berkemungkinan, pada pendapat

Suruhanjaya, merupakan perjanjian-perjanjian yang baginya seksyen 50 terpakai, Suruhanjaya boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam

Warta, memberikan suatu pengecualian kepada kategori perjanjian tertentu itu.

(2)

Suatu pengecualian yang diberikan di bawah seksyen ini disebut sebagai “pengecualian blok”.

(3)

Suatu perjanjian yang tergolong dalam suatu kategori yang dinyatakan dalam suatu pengecualian blok dikecualikan daripada larangan di bawah seksyen 49.

(4)

Suruhanjaya dalam memberikan pengecualian blok boleh mengenakan apa-apa syarat atau obligasi yang tertakluk kepadanya suatu pengecualian blok itu berkuat kuasa.

(5)

Suatu pengecualian blok boleh memperuntukkan bahawa—

(a)

jika terdapat suatu pelanggaran syarat yang dikenakan oleh pengecualian blok itu, Suruhanjaya boleh, melalui notis secara bertulis, membatalkan pengecualian blok itu berkenaan dengan perjanjian itu dari tarikh pelanggaran itu;

(b)

jika terdapat suatu kegagalan untuk mematuhi obligasi yang dikenakan oleh pengecualian blok itu, Suruhanjaya boleh,

54

Undang-Undang Malaysia melalui notis secara bertulis, membatalkan pengecualian blok itu berkenaan dengan perjanjian itu;

(c)

jika Suruhanjaya berpendapat bahawa suatu perjanjian tertentu bukanlah suatu perjanjian yang baginya seksyen 50

terpakai, Suruhanjaya boleh, melalui notis secara bertulis, membatalkan pengecualian blok itu berkenaan dengan perjanjian itu dari apa-apa tarikh yang dinyatakan oleh

Suruhanjaya;

(d)

pengecualian blok itu hendaklah terhenti berkuat kuasa pada penghujung tempoh yang dinyatakan dalam perintah itu;

atau

(e)

pengecualian blok itu hendaklah berkuat kuasa dari suatu tarikh yang lebih awal daripada tarikh perintah itu dibuat.

(6)

Suruhanjaya hendaklah, sebelum memberikan suatu pengecualian blok—

(a)

menyiarkan butir-butir pengecualian blok yang dicadangkan oleh Suruhanjaya itu;

(b)

memberikan sekurang-kurangnya tiga puluh hari dari tarikh penyiaran untuk membenarkan apa-apa penghujahan dibuat oleh orang awam berhubung dengan pengecualian blok yang dicadangkan itu; dan

(c)

memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada apa-apa penghujahan yang dibuat.

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 55

Report

Bahagian VIII

Hak Trafik Udara dan Penguntukan Slot

Bahagian IX

Obligasi Perkhidmatan Awam

Bahagian X

Perlindungan Pengguna

Bahagian XI

Penyelesaian Pertikaian

Bahagian XII

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian XIII

Bahagian XIII

Bahagian XIV

Kecualian dan Peralihan

Schedules