Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian VII · Persaingan

61. Penguatkuasaan arahan atau keputusan

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya boleh membawa prosiding di hadapan

Mahkamah Tinggi terhadap mana-mana orang yang tidak mematuhi suatu arahan yang diberikan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 57

atau suatu keputusan di bawah seksyen 59.

(2)

Jika Mahkamah Tinggi mendapati bahawa orang yang disebut dalam subseksyen (1) telah tidak mematuhi arahan atau keputusan itu,

Mahkamah Tinggi hendaklah membuat suatu perintah menghendaki orang itu supaya mematuhi arahan atau keputusan itu.

(3)

Bagi maksud subseksyen (2), jika Mahkamah Tinggi mendapati bahawa kegagalan untuk mematuhi keputusan itu termasuklah kegagalan untuk membayar penalti dalam tempoh yang dinyatakan, Mahkamah Tinggi hendaklah, sebagai tambahan kepada perintah supaya orang itu membayar penalti itu, memerintahkan supaya orang itu membayar bunga atas kadar penghakiman biasa mulai hari yang berikutan hari yang padanya bayaran itu kena dibuat.

(4)

Mana-mana pelanggaran suatu perintah Mahkamah Tinggi yang dibuat menurut seksyen ini boleh dihukum sebagai suatu penghinaan mahkamah.

Report

Bahagian VIII

Hak Trafik Udara dan Penguntukan Slot

Bahagian IX

Obligasi Perkhidmatan Awam

Bahagian X

Perlindungan Pengguna

Bahagian XI

Penyelesaian Pertikaian

Bahagian XII

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian XIII

Bahagian XIII

Bahagian XIV

Kecualian dan Peralihan

Schedules