/akn/my/act/act/1981/244

*AKTA PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA 1981

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1981
Last amended
2026
Sections
53
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA 1981 is Malaysia Act, cited as Act 244 1981, currently marked in force and first recorded in 1981.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk menggalak, memelihara dan memudahkan kemajuan perusahaan perfileman Malaysia, menubuhkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia dan mengadakan peruntukan bagi perkara yang perlu, yang berkaitan atau yang bersampingan dengannya. [1 Mei 1981, P.U. (B) 265/1981; kecuali Bahagian V: 1 Januari 1984, P.U. (B) 648/1983] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut :

Bahagian I

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Suggest a correction

Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh atau tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahu dalam Warta dan ia boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan lain dan bagi bahagian lain di Malaysia.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 244

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain –

Open as pageSuggest a correction

“ahli”, berhubung dengan Perbadanan, termasuk Pengerusi,

Timbalan Pengerusi dan Pengerusi sementara Perbadanan; dan, berhubung dengan jawatankuasa Perbadanan, termasuk pengerusi jawatankuasa;

“aktiviti perfileman” termasuk segala aktiviti yang berhubung dengan perusahaan perfileman;

“dewan wayang gambar” termasuk mana-mana premis, bangunan, binaan dan mana-mana tempat jua pun yang diguna bagi menayang filem-filem untuk dilihat oleh orang ramai atau mana-mana golongan orang ramai;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

“filem” termasuk filem cerita, filem pendek, filem subjek ringkas, treler, dokumentari, filem kecil iklan dan apa-apa rakaman pada apa-apa jenis bahan, termasuk pita video dan ceper video, berupa arca bergerak sama ada disertai dengan bunyi atau tidak, untuk dilihat oleh orang ramai atau mana-mana golongan orang ramai;

“filem subjek ringkas” ertinya –

(c)

apa-apa filem yang bercorak kebudayaan atau pengajaran;

atau

Suggest a correction

(d)

apa-apa filem eksperimen, yang panjangnya, tidak melebihi tiga puluh minit;

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 9

“ketua pegawai eksekutif” ertinya ketua pegawai eksekutif

Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 9;

“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab atas kemajuan perusahaan perfileman;

“pameran filem” ertinya tayangan filem untuk dilihat oleh orang ramai atau mana-mana golongan orang ramai;

“pegawai berkuasa” ertinya seorang pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Menteri;

“pegawai Perbadanan” termasuk ketua pegawai eksekutif;

“pemegang lesen” ertinya mana-mana orang yang dikeluarkan lesen kepadanya di bawah Akta ini;

“pengedaran filem” termasuk menyewa dan meminjamkan filem untuk keuntungan atau selainnya, mengimport dan mengedarkan filem yang dikeluarkan di luar negeri dan mengedarkan filem yang dikeluarkan di dalam negeri;

“pengeluaran filem” termasuk segala aktiviti yang berhubung dengan mengeluar atau memproses filem, atau merekod atau menyalin pita video, untuk dilihat oleh orang ramai atau mana-mana golongan orang ramai;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 4 dan termasuk Timbalan Pengerusi dan Pengerusi sementara menjalankan tugas-tugas Pengerusi;

“Perbadanan” ertinya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional

Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“perusahaan perfileman” termasuk aktiviti mengeluar, mengedar dan mempamerkan filem yang dijalankan di Malaysia.

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 244

Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA

Suggest a correction

Penubuhan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia

Seksyen 3

Maka hendaklah ditubuhkan suatu perbadanan bernama

Open as pageSuggest a correction

“Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia” yang kekal turun temurun dan mempunyai suatu meterai am dan boleh mendakwa dan didakwa atas namanya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan memegang dan membuat apa-apa urusan mengenai atau dengan mana-mana harta alih atau tak alih dan melakukan segala perkara atau benda lain yang bersampingan atau berhubung dengan sesuatu pertubuhan perbadanan.

Seksyen 4

Keanggotaan Perbadanan

Open as pageSuggest a correction

(a)

seorang Pengerusi dan seorang Timbalan Pengerusi yang akan dilantik oleh Menteri dari antara orang yang, pada pendapatnya, oleh kerana pengetahuan dan pengalaman mereka yang luas, akan memberi perkhidmatan penting kepada perusahaan filem;

Suggest a correction

(b)

empat orang ahli yang akan dilantik oleh Menteri dari antara orang-orang yang mempunyai kaitan dengan perusahaan perfileman dan perusahaan yang berkaitan dan yang bukan pegawai awam;

Suggest a correction

(c)

Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab atas kemajuan perusahaan perfileman, atau wakilnya;

Suggest a correction

(d)

Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab atas kewangan, atau wakilnya;

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 11

Suggest a correction

(e)

Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab atas penerangan, atau wakilnya; dan

Suggest a correction

(f)

mana-mana orang lain, tidak lebih daripada tiga orang, sebagaimana yang difikirkan layak dan patut oleh Menteri untuk di lantik menjadi ahli Perbadanan.

Suggest a correction

(2)

Seseorang ahli

Perbadanan yang dilantik di bawah perenggan (a), (b) atau (f) hendaklah, melainkan jika pelantikannya itu dibatalkan terlebih dahulu atau ia meletakkan jawatannya terlebih dahulu, memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun yang ditentukan oleh Menteri dan ia adalah layak untuk dilantik semula.

Suggest a correction

(3)

Ahli-ahli Perbadanan hendaklah dibayar apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.

Suggest a correction

(4)

Peruntukan Jadual hendaklah dipakai bagi Perbadanan dan ahli-ahlinya.

Meterai Perbadanan

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(2)

Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang memerlukan meterai Perbadanan hendaklah dimeterai dengan sewajarnya di hadapan dua orang ahli Perbadanan yang mana mereka hendaklah menandatangani tiap-tiap surat ikatan, dokumen atau surat cara yang dicap dengan meterai itu; dan penandatanganan itu tanpa diakusaksikan selanjutnya adalah menjadi keterangan yang cukup bahawa meterai itu telah dicap dengan sewajar dan sempurnanya dan bahawa meterai itu adalah meterai Perbadanan yang sah:

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 244

Dengan syarat bahawa sesuatu surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang jika dilaksanakan oleh seseorang yang bukan pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki menggunakan meterai boleh dengan cara yang sama disempurnakan oleh Perbadanan; dan surat ikatan, dokumen dan surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Perbadanan oleh salah seorang daripada pegawai atau pekhidmatnya yang diberi kuasa secara am atau khas dengan bertulis untuk bertindak sedemikian.

Suggest a correction

(3)

Meterai Perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Tugas Perbadanan

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(a)

membuat syor kepada Menteri tentang dasar, cara dan langkah yang hendak diambil untuk menggalak, memelihara dan memudahkan kemajuan perusahaan perfileman;

Suggest a correction

(b)

untuk memaju dan mendorong perkembangan dan mengekalkan taraf perusahaan perfileman dengan berbagai cara, termasuk mengadakan perkhidmatan penyelidikan dan nasihat;

Suggest a correction

(c)

untuk mengawal dan menyelaraskan aktiviti orang dan badan berkaitan dengan perkara yang berhubungan dengan perusahaan perfileman;

Suggest a correction

(d)

amnya untuk menggalakkan dan membantu dalam memajukan perusahaan perfileman di dalam dan di luar

Malaysia;

Suggest a correction

(e)

untuk mengawal dan mengawasi pengeluaran, pengedaran dan pameran filem dalam Malaysia, dan berhubung dengannya membuat peruntukan bagi mengeluarkan lesen;

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 13

Suggest a correction

(f)

untuk mengurus dan mengawasi penyenggaraan dan pengendalian tempat dan peralatan kepunyaan Perbadanan bagi maksud subseksyen (2)(c); dan

Suggest a correction

(g)

menyebar maklumat mengenai dasar, program dan pencapaian Kerajaan melalui pengeluaran filem; dan

Suggest a correction

(2)

Perbadanan adalah mempunyai kuasa untuk melakukan segala kuasa yang bermanfaat dan semunasabahnya perlu atau yang bersampingan dengan menjalankan tugas-tugasnya dan khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan makna yang tersebut itu, ia adalah mempunyai kuasa−

(a)

untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan, atau pertubuhan perbadanan atau orang perseorangan dalam menjalankan tinjauan dan kajian berkenaan dengan perusahaan perfileman dan dalam menjalankan kajian kemungkinan bagi memajukan perusahaan perfileman tempatan,

Suggest a correction

(b)

untuk mengadakan kemudahan latihan dan untuk mengawas dan menyelia pelaksanaan projek dan program latihan berhubung dengan perusahaan perfileman;

Suggest a correction

(c)

untuk mengadakan atau membantu dalam pengeluaran perkhidmatan, kemudahan dan peralatan perfileman untuk pengeluar, pengedar dan pempamer filem dan pemunya dewan wayang gambar;

Suggest a correction

(d)

untuk menerima, sebagai balasan bagi perkhidmatan yang diberi olehnya, apa-apa komisen atau bayaran yang dipersetujui;

Suggest a correction

(e)

untuk memberi bantuan kewangan melalui pinjaman, kemudahan kredit, geran, pelaburan atau apa-apa bentuk bantuan kewangan lain dan mengambil bahagian dalam pengeluaran filem;

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 244

Suggest a correction

(f)

untuk menetap dan melevi fi atau bayaran lain berhubung dengan pelaksanaan tugasnya dan penjalanan kuasanya di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(g)

untuk mengambil bahagian dalam pertubuhan antarabangsa yang berkaitan dengan perusahaan perfileman dan untuk mengadakan, menganjur dan mengambil bahagian dalam pesta, pameran dan seminar filem atau apa-apa aktiviti yang seumpamanya di dalam dan di luar Malaysia;

Suggest a correction

(h)

untuk menubuhkan institusi, pusat, pusat kecil dan bengkel untuk menjalankan penyelidikan dan aktiviti lain yang perlu bagi atau yang berkaitan dengan kemajuan perusahaan perfileman;

Suggest a correction

(i)

untuk mengadakan dorongan bagi perusahaan perfileman;

Suggest a correction

(j)

untuk menyebarkan maklumat kepada orang ramai mengenai berbagai aspek perusahaan perfileman;

(ja) mengeluarkan rakaman liputan peristiwa bagi maksud arkib atau mengeluarkan apa-apa filem atau rakaman yang

Kerajaan fikirkan perlu bagi maksud pendidikan, penerangan, seni, budaya dan perkara lain yang disyorkan oleh Perbadanan;

Suggest a correction

(k)

untuk melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.

Perwakilan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menyentuh subseksyen (1), Perbadanan boleh, dengan surat cara bertulis mengandungi cap meterai amnya, mewakilkan kepada mana-mana orang lain atau mana-mana badan, mana-mana daripada tugas dan kuasanya yang perlu untuk dilaksanakan di dalam atau di luar Malaysia kecuali kuasa untuk membuat peraturan.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 15

Dengan syarat bahawa orang atau badan itu tidak mempunyai apa-apa kuasa mengawal Kumpulan Wang dan hendaklah bertindak dalam semua perkara mengikut arahan Perbadanan.

Arahan oleh Menteri

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(2)

Perbadanan hendaklah memberi kepada Menteri apa-apa maklumat yang dikehendakinya dari semasa ke semasa berkenaan dengan harta dan aktiviti Lembaga.

Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

PENTADBIRAN

Suggest a correction

Pelantikan ketua pegawai eksekutif dan pegawai dan pekhidmat lain Perbadanan

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pelantikan ketua pegawai eksekutif hendaklah dibuat dengan kelulusan Menteri terlebih dahulu dan gelaran yang diberi kepadanya hendaklah disiarkan dalam Warta.

Suggest a correction

(3)

Jika dalam masa sesuatu tempoh, ketua pegawai eksekutif tidak dapat menjalankan kuasa dan melaksanakan kewajipan jawatannya oleh kerana sesuatu sebab, Perbadanan boleh, dengan kelulusan

Menteri terlebih dahulu, melantik mana-mana orang lain yang layak dan wajar untuk bertindak sedemikian.

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 244

Kewajipan ketua pegawai eksekutif

Suggest a correction

Seksyen 10

Ketua pegawai eksekutif hendaklah –

Open as pageSuggest a correction

(a)

bertanggungjawab bagi melaksanakan keputusan dasar

Perbadanan;

Suggest a correction

(b)

menjalankan pengawasan dan pengawalan ke atas semua pegawai dan pekhidmat lain Perbadanan; dan

Suggest a correction

(c)

menyempurnakan apa-apa kewajipan dan menjalankan apa-apa kuasa sebagaimana yang ditetapkan atau diwakilkan oleh Perbadanan dari semasa ke semasa atau sebagaimana yang diarahkan oleh Pengerusi.

Perbadanan hendaklah menetapkan syarat perkhidmatan bagi pegawai dan pekhidmat

Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(2)

Perbadanan adalah mempunyai kuasa untuk membentuk dan mengawal tatacara mengenai perlantikan dan tatatertib bagi pegawai dan pekhidmatnya.

Mengambil kerja pekerja Kerajaan

Suggest a correction

Seksyen 11A

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap orang yang disebut dalam subseksyen (1) yang memilih untuk berkhidmat sebagai pekerja Perbadanan hendaklah diambil kerja oleh Perbadanan atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 17

Suggest a correction

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang opsyen diberikan kepada pekerja yang berada dalam penggajian atau perkhidmatan Kerajaan dalam Jabatan Filem Negara sebelum tarikh itu.

Gaji, terma dan syarat perkhidmatan pekerja Kerajaan hendaklah diambil kira

Suggest a correction

Seksyen 11B

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika mana-mana orang dalam perkhidmatan Perbadanan yang kesnya tidak termasuk dalam ruang lingkup mana-mana skim pencen atau skim lain yang diwujudkan di bawah seksyen ini bersara atau meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan Perbadanan atau dilepaskan daripada perkhidmatan itu, Perbadanan boleh memberinya atau mana-mana orang lain yang ditanggung sepenuhnya atau sebahagiannya oleh orang itu, sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Perbadanan, apa-apa elaun atau ganjaran sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.

Pekhidmat awam bagi maksud Kanun Keseksaan

Suggest a correction

Seksyen 12

Ahli, pegawai dan pekhidmat

Open as pageSuggest a correction

Perbadanan dan ahli jawatankuasanya hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam erti Kanun Keseksaan [Akta 575].

Seksyen 13

Jawatankuasa

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu jawatankuasa boleh melakukan segala perkara yang perlu untuk menjalankan tugas dan kuasa yang diwakilkan itu dengan berkesan tetapi hendaklah tertakluk kepada arahan Perbadanan.

Suggest a correction

(3)

Sesuatu jawatankuasa hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi dan tidak lebih daripada lima orang ahli lain yang akan dibayar apa-apa saraan atau elaun yang akan ditetapkan oleh

Perbadanan dengan kelulusan Menteri.

Suggest a correction

(4)

Peruntukan Jadual hendaklah dipakai mutatis mutandis bagi sesuatu jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen ini.

Tiada seseorang yang ada mempunyai kepentingan boleh dilantik sebagai ahli, pegawai atau pekhidmat Perbadanan

Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

(a)

mana-mana orang, badan, perbadanan atau syarikat yang menjalankan atau mengambil bahagian dalam, atau yang berkira-kira untuk menjalankan atau mengambil bahagian dalam, mana-mana aktiviti atau apa-apa gabungannya yang tersebut dalam seksyen 21; atau

Suggest a correction

(b)

mana-mana orang, badan, perbadanan atau syarikat yang dengannya Perbadanan bercadang hendak membuat kontrak atau yang telah membuat kontrak yang ada sekarang.

Suggest a correction

(2)

Walau apapun peruntukan subseksyen (1)(b), orang seperti itu boleh dilantik sebagai seorang ahli, pegawai atau pekhidmat

Perbadanan atau sebagai seorang ahli jawatankuasa Perbadanan jika ia mempunyai kepentingan sebagai seorang pemegang syer secara langsung atau secara tidak langsung, hanya bagi syarikat yang

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 19

tersebut dalam subseksyen itu dan dengan syarat bahawa pemegangan syer tersebut dalam syarikat itu tidak memberikannya kepentingan menguasai syarikat itu secara langsung atau secara tidak langsung.

Suggest a correction

(3)

Sebelum seorang dilantik sebagai seorang ahli, pegawai atau pekhidmat Perbadanan atau sebagai seorang ahli jawatankuasa

Perbadanan, ia hendaklah menzahirkan dengan sepenuhnya kepada

Menteri, jika ia akan dilantik sebagai ahli Perbadanan, dan kepada

Perbadanan, jika ia akan dilantik sebagai seorang ahli jawatankuasa atau sebagai seorang pegawai atau pekhidmat Perbadanan, sama ada ia mempunyai apa-apa kepentingan yang tersebut dalam subseksyen (1).

Suggest a correction

(4)

Jika ahli, pegawai atau pekhidmat itu memperoleh mana-mana kepentingan itu selepas mula berkuatkuasanya Akta ini, ia adalah terhenti daripada menjadi ahli, pegawai atau pekhidmat Perbadanan atau jawatankuasa Perbadanan, mengikut mana yang berkenaan, dan perlantikannya hendaklah disifatkan terbatal dengan serta-merta:

Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak akan dipakai jika ahli, pegawai atau pekhidmat itu mewarisi atau dibekeuskan dengan kepentingan itu dan ia melepaskan atau melupuskan kepentingan itu dalam tempoh tiga bulan setelah kepentingan itu dalam tempoh tiga bulan setelah kepentingan itu dibekueskan dan diletak hak padanya dan dalam tempoh itu melaporkan secara bertulis, berkenaan dengan seseorang ahli Perbadanan kepada Menteri dan, berkenaan dengan seseorang ahli jawatankuasa atau seseorang pegawai atau pekhidmat, kepada Perbadanan, nyataan mengenai pelepasan atau pelupusan itu.

Suggest a correction

(5)

Bagi maksud seksyen ini, “kepentingan secara tidak langsung”

adalah termasuk mempunyai atau memperoleh apa-apa kepentingan sebagaimana yang tersebut dalam seksyen ini oleh suami isteri atau anak atau anak angkat (di bawah umur dua puluh satu tahun)

seseorang atau seorang ahli, pegawai atau pekhidmat Perbadanan atau seorang ahli jawatankuasa Perbadanan, mengikut mana yang berkenaan.

Suggest a correction

(6)

Seseorang yang melanggar mana-mana daripada peruntukan seksyen ini adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 244

disabitkan, dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau denda tidak lebih daripada dua puluh lima ribu ringgit atau penjara dan denda kedua-duanya sekali.

Hal menyatakan syer atau kepentingan dan hilang kelayakan

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(i)

dalam sesuatu kontrak atau perkiraan yang dibuat dengan Perbadanan;

(ii)

dalam apa-apa kerja yang dilakukan untuk

Perbadanan; atau

Suggest a correction

(iii)

dalam sesuatu syarikat, firma atau pengusahaan yang dengannya Perbadanan bercadang hendak membuat kontrak atau perjanjian;

atau

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

apa-apa kepentingan benefisial dalam harta tak alih yang dicadang hendak dibeli atau diperoleh dengan jalan lain atau dipajak atau diuruskan dengan jalan lain oleh Perbadanan, hendaklah menyatakan jenis dan had syer atau kepentingannya kepada Perbadanan atau jawatankuasa, mengikut mana yang berkenaan.

Suggest a correction

(2)

Hal nyataan yang dikehendaki dibuat oleh seseorang ahli di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam mesyuarat Perbadanan atau jawatankuasa di mana apa-apa persoalan berhubung dengan kontrak, perkiraan, kerja, belian atau pemerolehan atau pajakan atau urusan lain itu mula ditimbangkan atau dengan seberapa segera selepas syer atau kepentingan itu diperoleh.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 21

Suggest a correction

(3)

Bagi maksud seksyen ini, suatu notis yang diberi kepada ahli lain oleh seseorang ahli yang bermaksud bahawa ia mempunyai syer atau kepentingan sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen (1)

dan yang akan dianggap sebagai berkepentingan dalam mana-mana kontrak, perkiraan, kerja, belian atau pemerolehan atau pajakan atau urusan lain itu yang akan, selepas tarikh notis diberi, dibuat dengan, atau dikehendaki supaya dijalankan oleh, syarikat, firma atau pengusahaan yang dipersoalkan hendaklah disifatkan sebagai menyatakan kepentingan yang mencukupi berkaitan dengannya :

Dengan syarat bahawa notis itu tidaklah mempunyai kesan melainkan jika ianya diberi dalam sesuatu mesyuarat Perbadanan atau jawatankuasa atau ahli yang berkenaan mengambil segala langkah yang berpatutan untuk menentukan bahawa ianya telah dibawa dan dibaca dalam mesyuarat Perbadanan atau jawatankuasa yang akan datang setelah ianya diberi.

Suggest a correction

(4)

Tiap-tiap hal nyataan yang dibuat menurut seksyen ini hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat di mana ia dibuat atau dibaca dan tidak akan mempunyai apa-apa kesan sehingga ia direkodkan sedemikian.

Suggest a correction

(5)

Seseorang ahli tidak boleh mengundi atas apa-apa ketetapan atau persoalan yang berhubung dengan mana-mana kontrak, perkiraan, kerja, belian atau pemerolehan lain, atau pajakan atau urusan lain yang di dalamnya ia mempunyai apa-apa syer atau kepentingan sama ada ia telah menyatakan syer atau kepentingan itu ataupun tidak, dan juga ia tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa perbincangan (kecuali apabila diundang oleh Perbadanan atau jawatankuasa) atau keputusan yang berhubung dengannya atau dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengannya, dan jika ia berbuat demikian, undinya tidak akan dikira, dan juga ia tidak akan dikira dalam kuorum yang hadir dalam mesyuarat itu bagi maksud ketetapan atau persoalan itu.

Suggest a correction

(6)

Seseorang ahli tidak boleh disifatkan mempunyai syer atau kepentingan di bawah seksyen ini hanya oleh sebab ia adalah seorang pemegang syer dalam syarikat yang dengannya Perbadanan bercadang hendak membuat kontrak atau perkiraan melainkan ia mempunyai kepentingan yang menguasai dalam syarikat itu.

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 244

Suggest a correction

(7)

Seseorang ahli yang melanggar mana-mana peruntukan seksyen ini adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan penjara selama tidak lebih daripada lima tahun atau denda tidak lebih daripada dua puluh lima ribu ringgit atau penjara dan denda kedua-duanya sekali.

Suggest a correction

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

Bagi maksud Akta ini maka adalah ditubuhkan suatu kumpulan wang yang dalam Akta ini disebut “Kumpulan Wang” untuk ditadbir dan dikawal oleh Perbadanan−

(i)

apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Parlimen;

(ii)

apa-apa jumlah wang yang dari semasa ke semasa dipinjam oleh Perbadanan bagi maksud menjelaskan apa-apa tanggungannya atau menjalankan apa-apa tugas dan kuasanya;

Suggest a correction

(iv)

segala wang yang didapati atau terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada

Perbadanan;

Suggest a correction
Suggest a correction

(v)

apa-apa fi atau lain-lain bayaran yang ditetapkan dan dipungut oleh Perbadanan; dan

(vi)

segala jumlah wang atau harta lain yang mungkin dengan apa jua cara kena dibayar atau diletak hak pada Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perkara

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 23

yang bersampingan dengan tugas dan kewajipan dan kuasanya;

Suggest a correction
Suggest a correction

(i)

segala perbelanjaan, termasuk perbelanjaan modal yang dilakukan oleh Perbadanan pada menjalankan tugas dan kewajipannya;

(ii)

wang bagi membayar balik apa-apa pinjaman yang telah diberi kepada Perbadanan menurut kuasanya untuk meminjam; dan

Suggest a correction

(iii)

apa-apa subsidi atau kemudahan kredit yang diberi oleh Perbadanan menurut kuasanya di bawah Akta ini.

Kuasa meminjam

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri Kewangan dan atas apa-apa had dan syarat yang ditetapkan olehnya, meminjam wang sebanyak yang diperlukan olehnya bagi menjalankan tugas dan kuasanya di bawah Akta ini.

Seksyen 18

Pelaburan

Open as pageSuggest a correction

Kumpulan Wang Perbadanan, setakat mana yang tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Perbadanan di bawah Akta ini, hendaklah dilaburkan mengikut apa-apa cara yang diluluskan oleh

Menteri Kewangan.

Seksyen 19

Kewangan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sebelum permulaan bulan September tiap-tiap satu tahun,

Perbadanan hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan dengan mengandungi apa-apa butir yang dikehendaki oleh Menteri; dan Menteri hendaklah, sebelum permulaan bulan

November tahun tersebut, memberitahu Perbadanan amaun yang dibenarkan untuk perbelanjaan amnya atau amaun yang dibenarkan bagi tiap-tiap satu jenis perbelanjaan.

Suggest a correction

(3)

Perbadanan boleh, pada bila-bila masa, mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan itu dimasukkan ke dalamnya.

Akta Badan-badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan)

1980

Suggest a correction

Seksyen 20

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980

Open as pageSuggest a correction

[Akta 240] hendaklah dipakai bagi Perbadanan.

Bahagian V

BAHAGIAN V

PENGELUARAN, PENGEDARAN DAN PEMAMERAN

Suggest a correction

FILEM-FILEM

Tiada seseorang boleh mengambil bahagian dalam ketiga-tiga aktiviti mengeluar, mengedar dan mempamer filem

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

(b)

mengeluar dan mempamer; atau

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 25

Suggest a correction

(2)

Subseksyen (1) tidak boleh, dengan apa jua cara, diertikan sebagai menghalang seseorang daripada mengambil bahagian hanya dalam salah satu daripada aktiviti mengeluar, mengedar atau mempamer filem.

Aktiviti atau rangkaian aktiviti hendaklah dilesen

Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu permohonan untuk mendapatkan lesen hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan, kepada Perbadanan, dan lesen itu akan dikeluarkan apabila dibayar fi yang ditetapkan bagi tempoh yang ditetapkan dan tertakluk kepada apa-apa had dan syarat yang akan dikenakan di dalamnya.

Suggest a correction

(3)

Perbadanan boleh enggan mengeluarkan lesen tanpa memberi apa-apa sebab baginya atau ia boleh mengeluarkan suatu lesen tertakluk kepada had dan syarat tertentu dan keputusannya dalam apa-apa hal adalah muktamad, dan tidak boleh dipersoal, dibuat rayuan, dikaji semula, dibatalkan atau dicabar dalam mana-mana mahkamah.

Pemberian perakuan merit kepada filem subjek ringkas

Suggest a correction

Seksyen 22A

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam seksyen ini, “perakuan merit” ertinya suatu perakuan yang dikeluarkan oleh Perbadanan bagi mana-mana filem subjek

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 244

ringkas untuk menunjukkan bahawa filem itu bermutu yang boleh diterima untuk pameran filem.

Sekatan ke atas perkongsian atau syarikat di mana seseorang itu ada mempunyai kepentingan untuk menguasai

Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud seksyen ini, “kepentingan secara tidak langsung”

adalah termasuk mempunyai atau memperoleh apa-apa kepentingan dalam sesuatu pekongsian atau syarikat oleh suami isteri atau anak atau anak angkat (di bawah umur dua puluh satu tahun) seseorang itu dan, jika orang itu ialah suatu syarikat, oleh salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat itu atau suami isteri atau anak atau anak angkat (di bawah umur dua puluh satu tahun) ahli itu.

Orang yang diberi lesen untuk menentukan bahawa filem itu berada dalam milik, jagaan atau kawalannya dengan sah

Suggest a correction

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam mana-mana pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini, adalah dianggap bahawa filem itu berada dalam

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 27

milik, jagaan atau kawalan orang itu, pekhidmat atau agennya dengan menyalahi undang-undang melainkan jika orang itu dapat membuktikan bahawa filem yang berada dalam milik, jagaan atau kawalannya itu adalah tanpa diketahui, dipersetujui atau dibiarkan olehnya atau oleh pekhidmat atau agennya dan bahawa ia telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah filem itu daripada berada dalam milik, jagaan atau kawalannya.

Pengenaan bayaran filem

Suggest a correction

Seksyen 24A

Open as pageSuggest a correction

Tiap-tiap pemegang lesen yang mengimport apa-apa filem hendaklah, sebelum filem itu diedarkan, mengemukakan suatu akuan dalam borang yang ditetapkan, dan membayar bayaran filem mengikut kadar yang ditetapkan, kepada Perbadanan.

Seksyen 24B

Anggapan

Open as pageSuggest a correction

Bagi maksud Akta ini, mana-mana orang yang ada dalam milik, jagaan atau kawalannya tiga atau lebih daripada tiga buah filem yang mempunyai tajuk yang sama hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, dianggap mengambil bahagian dalam pengedaran filem.

Kesalahan kerana melanggar mana-mana daripada peruntukan

Bahagian ini

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika seseorang yang telah dikeluarkan lesen kepadanya di bawah seksyen 22 adalah bersalah atas suatu kesalahan, lesen itu boleh dibatalkan oleh Perbadanan dan peruntukan subseksyen 22(3)

hendaklah dipakai berkenaan dengan apa jua keputusan Perbadanan untuk membatalkan lesen itu.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 244

Orang yang akan disifatkan bersalah melakukan kesalahan

Suggest a correction

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

Jika sesuatu kesalahan di bawah Bahagian ini dilakukan oleh sesuatu syarikat atau firma, tiap-tiap pengarah, setiausaha atau pengurus syarikat itu atau, mengikut mana yang berkenaan, tiap-tiap pekongsi dalam firma itu adalah juga disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan jika ia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa diketahui, dipersetujui atau dibiarkan olehnya dan bahawa ia telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah berlakunya kesalahan itu.

BAHAGIAN VA

PENGUATKUASAAN

Seksyen 26A

Pemberian kuasa kepada pegawai untuk menjalankan kuasa di bawah Bahagian ini

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana pegawai itu hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam erti Kanun Keseksaan.

Suggest a correction

(3)

Pada menjalankan apa-apa kuasa di bawah Bahagian ini, seseorang pegawai hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia mengambil tindakan di bawah

Akta ini, surat kuasa yang dikeluarkan kepadanya oleh Menteri.

Kuasa untuk menangkap

Suggest a correction

Seksyen 26B

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila seseorang telah ditangkap di bawah subseksyen (1), dia hendaklah selepas itu diuruskan sebagaimana diperuntukkan oleh

Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

Mengeledah dengan waran

Suggest a correction

Seksyen 26C

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana pegawai itu boleh, jika perlu berbuat demikian –

(a)

memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam rumah kediaman, kedai, atau bangunan lain atau tempat itu, dan memasukinya;

Suggest a correction

(b)

dengan cara kekerasan, memasuki tempat itu dan tiap-tiap bahagiannya;

Suggest a correction

(c)

membuang dengan kekerasan apa-apa halangan untuk memasuki, menggeladah, menyita dan memindahkan sebagaimana yang diberi kuasa untuk melakukannya; dan 30 Undang-Undang Malaysia AKTA 244

Suggest a correction

(d)

menahan tiap-tiap orang yang dijumpai di tempat itu sehingga tempat itu telah digeladah.

Menggeladah tanpa waran

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 26D

Open as pageSuggest a correction

Apabila didapati oleh mana-mana pegawai berkuasa atau seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada

Inspektor bahawa ada sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa di dalam sesuatu rumah kediaman, kedai, bangunan lain atau tempat ada tersembunyi atau tersimpan apa-apa filem atau kelengkapan filem yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya sedang atau telah dilakukan, atau apa-apa benda lain berhubungan dengan kesalahan itu, dan jika dia mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa dengan sebab kelengahan bagi mendapatkan suatu waran geledah, filem, kelengkapan filem, buku, dokumen atau benda itu mungkin dipindahkan, pegawai itu boleh menjalankan semua kuasa yang dinyatakan dalam seksyen 26C seolah-olah dia diberi kuasa berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.

Seksyen 26E

Senarai benda yang disita

Open as pageSuggest a correction
(1)

Pegawai berkuasa atau pegawai polis yang menyita apa-apa filem, kelengkapan filem, buku, dokumen atau benda lain di bawah Bahagian ini hendaklah menyediakan suatu senarai benda yang disita dan dengan serta-merta menyerahkan suatu salinannya yang ditandatangani olehnya kepada penduduk itu atau kepada ejen atau pekhidmatnya yang berada di premis itu.

Seksyen 26F

Melak benda yang disita

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-dua denda dan penjara itu.

Kuasa untuk menyiasat

Suggest a correction

Seksyen 26G

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana pegawai berkuasa atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh, berhubungan dengan apa-apa penyiasatan berkenaan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya, menjalankan kuasa khas berhubungan dengan penyiasatan polis yang diberi oleh Kanun Tatacara Jenayah dalam apa-apa kes boleh tangkap.

Menjalankan pendakwaan

Suggest a correction

Seksyen 26H

Open as pageSuggest a correction

Apa-apa jua pendakwaan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya boleh dijalankan oleh seorang pegawai berkuasa.

Seksyen 26I

Kuasa untuk memeriksa

Open as pageSuggest a correction

Tanpa menyentuh peruntukan lain dalam Bahagian ini, mana-mana pemegang lesen atau mana-mana orang yang memohon untuk dilesen atau yang dikehendaki supaya dilesen di bawah Akta ini hendaklah membenarkan penyiasatan atau pemeriksaan dijalankan ke atas premis, filem, kelengkapan filem, buku, dokumen atau benda yang dipunyai atau disimpan oleh pemegang lesen atau orang itu.

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 244

Halangan terhadap penggeledahan dsb.

Seksyen 26J

Mana-mana orang yang–

Open as pageSuggest a correction

(a)

tidak membenarkan mana-mana pegawai berkuasa atau pegawai polis untuk masuk sesuatu tempat;

Suggest a correction

(b)

menyerang, menghalang, merintangi atau melambatkan mana-mana pegawai berkuasa atau pegawai polis dalam melakukan apa-apa kemasukan yang dia berhak melakukan di bawah Akta ini, atau semasa menjalankan apa-apa kewajipan yang ditanggungkan atau kuasa yang diberi oleh

Akta ini; atau

Suggest a correction

(c)

enggan atau cuai memberi apa-apa maklumat yang semunasabahnya dikehendaki daripadanya dan yang mana ada dalam kuasanya untuk memberi, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun, atau kedua-dua denda dan penjara itu.

Mengkompaun

Suggest a correction

Seksyen 26K

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun seksyen 26L, setelah membayar amaun yang kena dibayar di bawah subseksyen (1), orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan suatu kesalahan, jika berada dalam jagaan

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 33

hendaklah dilepaskan, dan apa-apa benda yang disita hendaklah dilepaskan tanpa apa-apa prosiding selanjutnya.

Perlucuthakan benda yang disita

Suggest a correction

Seksyen 26L

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu perintah bagi perlucuthakan atau bagi pelepasan apa-apa benda yang disita semasa menjalankan apa-apa kuasa yang diberi di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh Mahkamah yang di hadapannya pendakwaan mengenainya dijalankan dan suatu perintah bagi pelucuthakan barang hendaklah dibuat jika telah dibuktikan dengan memuaskan hati Mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya telah dilakukan dan bahawa benda itu adalah menjadi hal perkara atau telah digunakan dalam perlakuan kesalahan itu walaupun tiada orang yang mungkin telah disabitkan atas kesalahan itu.

Suggest a correction

(3)

Jika tidak ada pendakwaan mengenai apa-apa benda yang disita semasa menjalankan apa-apa kuasa yang diberi di bawah Akta ini benda itu hendaklah diambil dan disifatkan telah dilucut hak apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyitaan melainkan jika suatu tuntutan baginya dibuat sebelum tarikh yang ditetapkan kemudian dari ini.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia adalah pemunya benda itu dan bahawa benda itu tidak boleh dilucut hak boleh dengan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis memberi notis bertulis kepada mana-mana pegawai berkuasa atau mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor bahawa dia menuntut barang itu.

Suggest a correction

(5)

Setelah menerima notis itu pegawai berkuasa atau pegawai polis itu hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada ketua pegawai eksekutif yang boleh mengarahkan supaya benda itu dilepaskan atau boleh mengarahkan pegawai berkuasa atau pegawai polis tersebut merujukkan perkara itu kepada mahkamah untuk diputuskan.

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 244

Suggest a correction

(6)

Mahkamah yang kepadanya perkara itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia adalah pemunya benda itu dan orang yang darinya benda itu disita supaya hadir di hadapan Mahkamah dan apabila dia hadir atau tidak hadir, dan apabila penyampaian wajar saman itu dibuktikan, mahkamah hendaklah terus memeriksa perkara itu dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya telah dilakukan dan bahawa benda itu adalah menjadi hal perkara atau telah digunakan dalam perlakuan kesalahan itu, hendaklah mengarahkan supaya benda itu dilucut hak atau boleh, jika bukti tidak ada, memerintahkan pelepasannya.

Suggest a correction

(7)

Semua benda yang dilucut hak atau yang disifatkan sebagai dilucut hak hendaklah dilupuskan mengikut arahan ketua pegawai eksekutif.

Suggest a correction

Bahagian VI

BAHAGIAN VI

PELBAGAI

Suggest a correction

Perlindungan terhadap langkah perbicaraan di sisi undang-undang

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika seseorang dikecualikan dari tanggungan semata-mata oleh sebab peruntukan seksyen ini, Perbadanan adalah bertanggungan hanya setakat ia akan bertanggungan sekiranya orang itu adalah ahli, pegawai, atau pekhidmat atau agen Perbadanan atau ahli jawatankuasa Perbadanan.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 35

Kehadiran dalam dan penjalanan perbicaraan sivil oleh peguam persekutuan

Suggest a correction

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

Walau apapun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, dalam perbicaraan sivil yang dibuat oleh atau terhadap Perbadanan, seseorang yang memegang jawatan peguam persekutuan dan yang diberi kuasa oleh Peguam Negara bagi maksud itu boleh, bagi pihak Perbadanan, mengadakan, hadir dalam dan menjalankan pembicaraan itu dan melakukan segala hal lain, tindakan dan kewajiban berkenaan dengan pembicaraan itu.

Maklumat mengenai penubuhan, urusan, kewangan, transaksi dan hal ehwal Perbadanan tidak akan dizahirkan kecuali dalam perkara tertentu

Seksyen 29

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang atau ahli, pegawai atau pekhidmat yang dengan setahunya melanggar mana-mana peruntukan subseksyen (1)

adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara dan denda kedua-duanya sekali.

Suggest a correction

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

(Dipotong oleh Akta A589).

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 244

Pengesahan akan tindakan yang dilakukan dengan menjangka

Seksyen 32

Akta ini akan dimasyhurkan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi mengelakkan keraguan, adalah ditetapkan bahawa subseksyen (1) tidak membenarkan pelantikan ahli, pegawai atau pekhidmat Perbadanan kecuali setakat membenarkan pelantikan sementara akan orang itu sehingga ia dilantik di bawah Akta ini.

Akta tidak akan mengurangkan kuasa undang-undang lain

Suggest a correction

Seksyen 33

Open as pageSuggest a correction

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh mengurangkan kuasa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain berhubung dengan filem atau hiburan.

Peraturan

Seksyen 34

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menyentuh keluasan peruntukan di atas, Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri, khususnya, membuat peraturan berkenaan dengan perkara berikut–

(a)

untuk mengawal melalui pelesenan apa-apa aktiviti perfileman, mengadakan peruntukan bagi had dan syarat

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 37

yang akan dikenakan ke atas lesen dan bagi fi, bayaran dan deposit berkenaan dengannya, termasuk peruntukan bagi melucut hak, mengguna atau memulangkan deposit itu dan bagi kesalahan di bawah peraturan hendaklah dihukum dengan cara yang sama seperti kesalahan di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(b)

untuk menetapkan borang dan segala perkara lain yang perlu bagi maksud Bahagian V;

Suggest a correction

(c)

untuk mengawal peruntukan mengenai penyelidikan, latihan dan arahan berkenaan dengan apa-apa aktiviti perfileman dan bagi Perbadanan sendiri menubuhkan institusi atau mengadakan kemudahan bagi institusi itu; dan

Suggest a correction

(d)

menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun dan prosedur bagi mengkompaun kesalahan itu.

Pengecualian

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 34A

Open as pageSuggest a correction

Menteri mengecualikan mana-mana orang atau golongan orang daripada mana-mana atau semua peruntukan Akta ini.

_________________________

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 244

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

[Seksyen 4 (4)]

Orang-orang yang tidak layak dilantik menjadi ahli Perbadanan

1. Orang yang berikut adalah hilang layak dilantik atau menjadi ahli Perbadanan−

(a)

seseorang yang tidak sempurna akal atau selainnya tidak berdaya untuk melaksanakan kewajibannya;

(b)

seseorang yang bankrap;

(c)

seseorang yang telah disabitkan dengan suatu kesalahan dan dihukum penjara selama tempoh satu tahun atau lebih.

Ahli adalah disifatkan telah mengosongkan jawatan jika ia tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa kelulusan Menteri

2. Seseorang ahli Perbadanan hendaklah disifatkan telah mengosongkan jawatannya jikadia tidak menghadiri mesyuarat Perbadanan tiga kali berturut-turut tanpa kelulusan bertulis daripada Menteri terlebih dahulu.

Pengerusi dan tiga orang ahli lain adalah menjadi kuorum Perbadanan

3. (1) Pengerusi, atau mana-mana ahli yang menjadi pengerusi jika Pengerusi tidak hadir, dan tiga orang ahli lain adalah menjadi suatu kuorum dalam mesyuarat

Perbadanan.

(2)

Jika Pengerusi tidak hadir, Timbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan sesuatu mesyuarat Perbadanan dan, jika kedua-duanya tidak hadir, ahli yang hadir hendaklah memilih salah seorang daripada mereka untuk menjadi pengerusi dan ahli itu hendaklah menjalankan semua kuasa Pengerusi berkenaan dengan mesyuarat itu.

Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus

4. Jika atas apa-apa soal yang hendak diputuskan, bilangan undi sama banyaknya,

Pengerusi adalah berhak memberi undi pemutus selain daripada undi biasanya.

Perbadanan hendaklah menetapkan tatacaranya

5. Tertakluk kepada Akta ini, Perbadanan hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 39

Perbadanan boleh melantik jawatankuasa

6. (1) Perbadanan boleh melantik mana-mana jawatankuasa dari ahlinya dengan atau tanpa orang lain sebagaimana yang ditentukannya.

(2)

Sesuatu jawatankuasa yang dilantik sedemikian hendaklah mematuhi arahan yang diberi kepadanya oleh Perbadanan dari semasa ke semasa, dan Perbadanan boleh, pada bila-bila masa, menghentikan atau mengubah keanggotaan jawatankuasa itu.

(3)

Tertakluk kepada arahan Perbadanan, kuorum dan tatacara jawatankuasa hendaklah ditentukan oleh jawatankuasa itu.

____________________

40

Akta 244

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A589 Akta Perbadanan Kemajuan 15-09-1984

Filem Nasional Malaysia

(Pindaan) 1981

Akta A1451

Akta Perbadanan Kemajuan 01-04-2013

Filem Nasional Malaysia

(Pindaan) 2013

____________________

41

Akta 244

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

_____________

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

2

6

7

11A

11B

22A

24A

24B

25

26A-26L

30

31

34

34A

Akta A589

Akta A1451

Akta A589

Akta A1451

Akta A4151

Akta A589

Akta A589

Akta A589

Akta A589

Akta A589

Akta A589

Akta A589

Akta A589

Akta A589

15-09-1984

01-04-2013

15-09-1984

01-04-2013

01-04-2013

15-09-1984

15-09-1984

15-09-1984

15-09-1984

15-09-1984

15-09-1984

15-09-1984

15-09-1984

15-09-1984

Common questions

What is PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA ACT 1981?
*AKTA PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA 1981 is Malaysia Act, cited as Act 244 1981, currently marked in force and first recorded in 1981.
Is PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA ACT 1981 still in force?
Yes — PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA ACT 1981 is currently in force.
When did PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA ACT 1981 take effect?
PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA ACT 1981 was first recorded in 1981.
How many sections does PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA ACT 1981 have?
PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA ACT 1981 contains 52 sections.
What amends PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA ACT 1981?
PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA ACT 1981 has been amended by AKTA PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (PINDAAN) 2013 and AKTA PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (PINDAAN) 2026.
Where can I read the official version of PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA ACT 1981?
The official text of PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA ACT 1981 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA 1981 (No. 244)