Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman
239. Kesan pendaftaran prospektus tambahan atau gantian
Feedback & supportSeksyen ini terpakai—
jika seseorang (“pemohon”) memohon bagi penerbitan, langganan atau pembelian, mana-mana sekuriti menurut suatu prospektus dan—
dalam hal suatu skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan, sebelum terbitan unit atau pemindahan unit daripada syarikat pengurusan atau pemegang amanah kepada pemohon itu; atau
dalam apa-apa hal lain, sebelum sekuriti itu diterbitkan; dan
penerbit menghantar serah kepada Suruhanjaya untuk pendaftaran suatu prospektus tambahan atau gantian, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang berhubung dengan prospektus itu.
Secepat yang dapat dilaksanakan selepas pendaftaran prospektus tambahan atau gantian, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh Suruhanjaya, penerbit hendaklah—
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 377
memberikan kepada pemohon suatu notis bertulis atau apa-apa notis lain sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya—
menasihati pemohon bahawa suatu prospektus tambahan atau gantian telah didaftarkan oleh
Suruhanjaya;
memberikan suatu peluang kepada pemohon untuk menarik balik permohonannya tidak kurang daripada empat belas hari dari tarikh penerimaan notis itu; dan
memastikan bahawa notis bertulis yang disebut dalam perenggan (2)(a) disertakan dengan suatu salinan prospektus tambahan atau gantian, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Jika pemohon menarik balik permohonannya menurut subperenggan (2)(a)(ii), penerbit hendaklah membayar dengan serta-merta kepada pemohon apa-apa wang yang dibayar oleh pemohon kepada penerbit untuk permohonan itu.
Walau apa pun peruntukan seksyen ini, Suruhanjaya boleh, atas permohonan bertulis mana-mana penerbit atau atas kehendaknya sendiri, membuat suatu perintah yang melepaskan mana-mana orang daripada, atau meluluskan apa-apa perubahan, kepada kehendak seksyen ini.
Dalam membuat suatu perintah di bawah seksyen ini,
Suruhanjaya boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.
Suruhanjaya tidak boleh membuat suatu perintah di bawah subseksyen (4) melainkan jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa—
pematuhan kehendak Akta ini tidak perlu bagi melindungi orang yang lazimnya dijangkakan berniaga dalam sekuriti
378 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
itu, iaitu seseorang yang semunasabahnya dijangkakan memahami risiko yang terlibat; atau
pematuhan kehendak Akta ini akan mengenakan beban yang tidak munasabah ke atas penerbit.
Seseorang yang melanggar subseksyen (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Seseorang yang melanggar mana-mana terma atau syarat yang dikenakan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan.
Peraturan-peraturan bagi prospektus simpanan, prospektus simpanan tambahan, prospektus pendek, pernyataan profil, dsb.