Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

238. Prospektus tambahan atau gantian

Feedback & support
(1)

Seksyen ini terpakai—

(a)

dalam hal suatu skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan, jika suatu prospektus telah didaftarkan; atau

(b)

dalam apa-apa hal lain, jika suatu prospektus telah didaftarkan tetapi sebelum sekuriti diterbitkan, dan jika penerbit menyedari bahawa—

(A)

suatu perkara telah timbul dan maklumat berkenaan dengan perkara itu akan dikehendaki oleh—

(i)

seksyen 235 atau 236;

(ii)

mana-mana kehendak di bawah Akta ini;

(iii)

mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh

Suruhanjaya; atau

(iv)

mana-mana kehendak penyenaraian sesuatu bursa saham, untuk dizahirkan dalam prospektus sekiranya perkara itu timbul pada masa prospektus itu disediakan;

(B)

terdapat suatu perubahan yang signifikan yang menyentuh suatu perkara yang dizahirkan dalam prospektus itu;

374 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(C)

prospektus itu mengandungi suatu pernyataan atau maklumat yang material yang palsu atau mengelirukan;

atau

(D)

prospektus itu mengandungi suatu pernyataan atau maklumat yang daripadanya terdapat peninggalan yang material.

(2)

Secepat yang dapat dilaksanakan selepas menyedari tentang perkara yang disebut dalam subseksyen (1), penerbit hendaklah mengemukakan suatu prospektus tambahan atau prospektus gantian, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada Suruhanjaya untuk pendaftaran.

(3)

Penerbit hendaklah menyerah simpan prospektus tambahan atau prospektus gantian, mengikut mana-mana yang berkenaan—

(a)

berhubung dengan sekuriti selain suatu skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan, dengan Pendaftar sebaik sahaja didaftarkan oleh Suruhanjaya; dan

(b)

berhubung dengan suatu skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan, dengan Suruhanjaya sebaik sahaja didaftarkan oleh Suruhanjaya.

(4)

Subseksyen (1) hendaklah terpakai berkenaan dengan perkara yang terkandung dalam suatu prospektus tambahan atau prospektus gantian, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang didaftarkan terdahulu di bawah seksyen ini berkenaan dengan sekuriti yang berkenaan.

(5)

Pada setiap muka surat suatu prospektus tambahan, hendaklah terdapat suatu pernyataan yang jelas dalam taipan tebal yang menyatakan bahawa dokumen itu ialah suatu prospektus tambahan yang hendaklah dibaca bersama dengan prospektus asal dan sekiranya prospektus tambahan lain telah diterbitkan berhubung dengan prospektus asal, kedua-dua prospektus asal dan prospektus tambahan itu.

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 375

(6)

Pada permulaan suatu prospektus gantian, hendaklah terdapat suatu pernyataan yang jelas dalam taipan tebal yang menyatakan bahawa dokumen itu ialah suatu prospektus gantian, dan mengenal pasti prospektus yang digantikannya.

(7)

Suatu prospektus tambahan hendaklah dikira sebagai sebahagian daripada prospektus yang dimaksudkan olehnya dan peruntukan Akta ini dan mana-mana undang-undang lain yang berhubungan dengan tanggungan berkenaan dengan pernyataan dan peninggalan dalam prospektus atau selainnya berhubung dengan prospektus hendaklah terpakai bagi prospektus tambahan itu dan hendaklah mempunyai kesan sewajarnya.

(8)

Suatu prospektus gantian hendaklah dianggap sebagai menggantikan prospektus terdahulu yang didaftarkan di bawah seksyen 233.

(9)

Jika suatu prospektus tambahan telah didaftarkan oleh

Suruhanjaya, tiap-tiap salinan prospektus asal yang dikeluarkan selepas pendaftaran prospektus tambahan itu hendaklah disertakan dengan suatu salinan prospektus tambahan itu.

(10)

Walau apa pun peruntukan seksyen ini, Suruhanjaya boleh, atas permohonan bertulis mana-mana penerbit atau atas kehendaknya sendiri, membuat suatu perintah yang melepaskan mana-mana orang daripada, atau meluluskan apa-apa perubahan kepada kehendak seksyen ini.

(11)

Dalam membuat suatu perintah di bawah seksyen ini,

Suruhanjaya boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut olehnya.

(12)

Suruhanjaya tidak boleh membuat suatu perintah di bawah subseksyen (10) melainkan jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa—

(a)

pematuhan kehendak Akta ini tidak perlu bagi melindungi orang yang lazimnya dijangkakan berniaga dalam sekuriti itu, iaitu seseorang yang semunasabahnya dijangkakan memahami risiko yang terlibat; atau 376 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(b)

pematuhan kehendak Akta ini akan mengenakan beban yang tidak munasabah ke atas penerbit.

(13)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2), (3), (5), (6)

atau (9) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

(14)

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana terma atau syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (11) melakukan suatu kesalahan.

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules