280. Kuasa Suruhanjaya untuk melindungi kepentingan pemegang debentur
Feedback & supportSuruhanjaya boleh, atas permohonan seseorang pemegang amanah di bawah perenggan 273(2)(f) atau atas kehendaknya sendiri jika pemegang amanah gagal atau enggan untuk bertindak, mengeluarkan suatu arahan bertulis kepada seseorang peminjam yang mengenakan sekatan ke atas aktiviti peminjam itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya bagi melindungi kepentingan pemegang debentur.
Suruhanjaya hendaklah menyampaikan arahan bertulis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) di pejabat berdaftar peminjam di Malaysia.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 475
Suruhanjaya, dalam mengeluarkan suatu arahan di bawah subseksyen (1), hendaklah terlebih dahulu memberi suatu peluang kepada peminjam untuk didengar berhubung dengan permohonan itu.
Jika suatu prospektus yang berhubungan dengan mana-mana debentur mengandungi suatu pernyataan tentang maksud atau projek tertentu yang amaun yang dijamin atau kena dibayar di bawah debentur itu hendak digunakan dan—
Suruhanjaya mendapati bahawa maksud atau projek itu tidak disiapkan dalam masa yang dinyatakan dalam prospektus itu atau, jika masa tidak dinyatakan, dalam masa yang munasabah;
Suruhanjaya berpendapat bahawa notis adalah perlu bagi melindungi kepentingan pemegang debentur; dan
pemegang amanah berhubung dengan debentur itu gagal atau enggan untuk bertindak di bawah perenggan 273(2)(h),
Suruhanjaya boleh, selepas siasatan yang sewajarnya, mengarahkan peminjam secara bertulis supaya membayar balik amaun yang dijamin atau kena dibayar di bawah debentur yang diterbitkan oleh peminjam itu dalam masa satu bulan selepas notis itu diberikan, melainkan jika
Suruhanjaya berpuas hati dengan mana-mana atau kesemua yang berikut:
bahawa tujuan atau projek itu sebahagian besarnya telah dicapai atau disiapkan; atau
bahawa kepentingan pemegang debentur tidak dimudaratkan secara material disebabkan kegagalan untuk mencapai atau menyiapkan tujuan atau projek itu dalam masa yang dinyatakan dalam prospektus atau dalam masa yang munasabah.
Jika suatu prospektus yang berhubungan dengan mana-mana debentur mengandungi suatu pernyataan tentang tujuan atau projek tertentu yang amaun yang dijamin atau kena dibayar di bawah debentur itu hendak digunakan dan Suruhanjaya menyedari, melalui cara selain melalui pemberitahuan oleh peminjam di bawah subseksyen 268(1),
476 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
bahawa amaun itu pada hakikatnya digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi suatu tujuan atau projek yang tidak dinyatakan dalam prospektus itu, Suruhanjaya boleh, selepas siasatan sewajarnya, mengarahkan peminjam secara bertulis supaya membayar balik amaun itu kepada setiap orang yang daripadanya amaun itu diterima atau jika debentur diterbitkan, kepada setiap pemegang debentur, dalam masa satu bulan selepas notis itu diberikan.