279. Mahkamah boleh memerintahkan suatu mesyuarat pemegang debentur
Feedback & supportTanpa mengehadkan kesan seksyen 281 atau 282, mahkamah boleh membuat suatu perintah di bawah salah satu seksyen itu supaya suatu mesyuarat kesemua atau mana-mana pemegang debentur diadakan bagi memberikan arahan kepada pemegang amanah.
474 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
Suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh mengarahkan pemegang amanah supaya—
membentangkan kepada pemegang debentur apa-apa maklumat tentang kepentingan pemegang debentur;
membentangkan kepada pemegang debentur apa-apa cadangan untuk melindungi kepentingan pemegang debentur yang diarahkan oleh mahkamah atau yang dianggap sesuai oleh pemegang amanah; dan
mendapatkan arahan daripada pemegang debentur tentang perlindungan kepentingan pemegang debentur.
Mesyuarat itu hendaklah diadakan dan dijalankan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah.
Seseorang pemegang amanah boleh melantik seseorang untuk mempengerusikan mesyuarat itu dan jika pemegang amanah tidak menjalankan kuasa ini, pemegang debentur yang hadir pada mesyuarat itu boleh melantik seseorang untuk mempengerusikan mesyuarat itu.