305. Kewajipan syarikat pengurusan memanggil mesyuarat pemegang unit
Feedback & supportSesuatu syarikat pengurusan hendaklah memanggil suatu mesyuarat pemegang unit jika—
tidak kurang daripada lima puluh pemegang unit atau satu per sepuluh daripada semua pemegang unit mengarahkan syarikat pengurusan itu untuk berbuat demikian;
arahan itu diberikan kepada syarikat pengurusan secara bertulis di pejabat berdaftarnya; dan
maksud mesyuarat itu adalah—
untuk menimbangkan penyata kewangan yang terbaru skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan itu;
untuk memberikan apa-apa arahan yang difikirkan patut oleh mesyuarat kepada pemegang amanah; atau 502 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
untuk menimbangkan apa-apa perkara lain berhubung dengan surat ikatan itu.
Jika suatu syarikat pengurusan dikehendaki supaya memanggil mesyuarat di bawah subseksyen (1), syarikat pengurusan itu hendaklah berbuat demikian dalam masa dua puluh satu hari selepas arahan itu diberikan kepada syarikat pengurusan itu secara bertulis di pejabat berdaftarnya.
Jika suatu syarikat pengurusan dikehendaki supaya memanggil mesyuarat di bawah subseksyen (1) atau menurut mana-mana peruntukan atau waad surat ikatan itu, syarikat pengurusan itu hendaklah memberikan notis tentang masa dan tempat mesyuarat itu—
dengan menghantar suatu notis melalui pos tentang mesyuarat yang dicadangkan itu sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh mesyuarat yang dicadangkan itu, kepada setiap pemegang unit di alamat pemegang unit yang terakhir diketahui atau, dalam hal pemegang unit bersesama, kepada pemegang unit bersesama yang namanya tertera pertama sekali dalam rekod syarikat pengurusan itu di alamat pemegang unit bersesama yang terakhir diketahui; dan
dengan menyiarkan, sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum tarikh mesyuarat yang dicadangkan itu, suatu iklan yang memberi notis tentang mesyuarat itu dalam satu surat khabar harian nasional bahasa kebangsaan, dan dalam satu akhbar lain sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya.
Suatu mesyuarat yang dipanggil mengikut suatu peruntukan atau waad yang terkandung dalam suatu surat ikatan hendaklah diadakan pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis dan iklan itu, yang hendaklah merupakan suatu masa yang tidak lewat daripada dua bulan selepas pemberian notis itu dan—
dipengerusikan oleh mana-mana orang yang dilantik bagi maksud itu oleh pemegang unit yang hadir di mesyuarat itu; atau
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 503
jika pelantikan berkenaan tidak dibuat, dipengerusikan oleh seorang penama pemegang amanah, dan hendaklah dijalankan mengikut surat ikatan itu atau, jika surat ikatan itu tidak membuat apa-apa peruntukan, sebagaimana yang diarahkan oleh pengerusi mesyuarat itu.
Suatu notis mesyuarat yang diposkan kepada pemegang unit hendaklah dianggap sebagai diberikan tiga hari selepas notis itu diposkan, melainkan jika surat ikatan itu memperuntukkan selainnya.
Sesuatu syarikat pengurusan yang melanggar subseksyen (1), (2)
atau (3) melakukan suatu kesalahan.