Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

170. Section 170

Feedback & support
(1)

Jika prospektus telah didaftarkan oleh Pendaftar dan

Pendaftar berpendapat bahawa prospektus itu ialah—

(a)

suatu prospektus yang tidak mematuhi atau tidak disediakan mengikut mana-mana peruntukan Akta ini;

(b)

suatu prospektus yang mengandungi pernyataan atau maklumat yang palsu atau mengelirukan;

(c)

suatu prospektus yang mengandungi pernyataan atau maklumat yang daripadanya terdapat suatu peninggalan yang material; atau

(d)

perbadanan itu telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini,

Pendaftar boleh, melalui perintah berhenti secara bertulis menyampaikan kepada perbadanan atau mana-mana orang lain yang ditentukan oleh Pendaftar, mengarahkan perbadanan atau mana-mana orang lain itu untuk tidak mengumpukkan, mengeluarkan, menawarkan, membuat suatu pelawaan untuk melanggan bagi atau membeli atau menjual, syer atau debentur seterusnya yang berhubung dengan prospektus itu, mengikut kehendak keadaan.

(2)

Tertakluk pada subseksyen (3) dan (4), Pendaftar tidak boleh membuat perintah berhenti di bawah subseksyen (1) melainkan jika

Pendaftar telah memberikan suatu peluang yang munasabah untuk didengar kepada mana-mana orang yang terjejas tentang sama ada perintah berhenti itu boleh dibuat.

(3)

Jika Pendaftar berpendapat dengan memberikan peluang untuk didengar akan menyebabkan kelengahan yang akan menjejaskan

Syarikat 219

kepentingan awam, Pendaftar boleh membuat suatu perintah berhenti interim tanpa memberikan peluang untuk didengar.

(4)

Perintah berhenti interim di bawah subseksyen (3) hendaklah, melainkan jika dibatalkan terdahulu, berkuat kuasa sehingga berakhirnya tempoh dua puluh satu hari dari hari perintah berhenti interim itu dibuat atau keputusan pendengaran dalam subseksyen (2), mengikut mana-mana tarikh yang terkemudian.

(5)

Semasa perintah berhenti yang dibuat di bawah subseksyen (1)

atau perintah berhenti interim yang dibuat di bawah subseksyen (3)

berkuat kuasa, Bahagian ini hendaklah terpakai seolah-olah prospektus itu tidak pernah didaftarkan.

(6)

Perintah berhenti interim di bawah subseksyen (3) boleh dibatalkan secara bertulis jika Pendaftar berpuas hati bahawa hal keadaan yang berbangkit daripada pembuatan perintah itu tidak lagi wujud.

(7)

Jika permohonan untuk melanggan bagi atau membeli syer atau debentur yang berhubung dengan prospektus itu telah dibuat sebelum perintah berhenti dibuat di bawah subseksyen (1)—

(a)

jika syer atau debentur itu tidak dikeluarkan kepada pemohon—

(i)

permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik dan dibatalkan dan perbadanan itu atau mana-mana orang lain yang menerima wang itu hendaklah dengan serta-merta membayar balik semua wang yang diterima daripada pemohon tanpa faedah atau pulangan; dan

(ii)

jika wang itu tidak dibayar balik dalam masa empat belas hari dari perintah berhenti itu, perbadanan itu hendaklah bertanggungan untuk membayar balik apa-apa wang itu dengan faedah pada kadar sepuluh peratus setahun atau pada apa-apa kadar lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar dari habis tempoh empat belas hari itu; atau 220 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(b)

jika syer atau debentur telah dikeluarkan kepada pemohon, keluaran syer dan debentur itu hendaklah disifatkan terbatal dan perbadanan atau mana-mana orang lain itu hendaklah—

(i)

dengan serta-merta membayar balik tanpa faedah semua wang yang diterima daripada pemohon dan jika apa-apa wang itu tidak dibayar balik dalam masa empat belas hari dari tarikh penyampaian perintah berhenti itu, perbadanan hendaklah bertanggungan untuk membayar balik apa-apa wang itu dengan faedah atau pulangan pada kadar sepuluh peratus setahun atau pada apa-apa kadar lain sebagaimana yang ditentukan oleh

Pendaftar dari habis tempoh empat belas hari itu; dan

(ii)

mengambil langkah yang perlu untuk menguatkuasakan perintah berhenti itu.

(8)

Mana-mana orang yang melanggar perintah berhenti yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau perintah berhenti interim yang dibuat di bawah subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya.

Subpenggal 10

Debentur

Report

Bahagian II

Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules