Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan
225. Larangan memberi pinjaman kepada orang yang berkaitan dengan pengarah
Feedback & supportTertakluk pada peruntukan seksyen ini, sesuatu syarikat, selain suatu syarikat persendirian terkecuali, tidak boleh—
memberikan pinjaman kepada mana-mana orang yang berkaitan dengan pengarah syarikat atau syarikat pemegangannya; atau 282 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
membuat apa-apa jaminan atau menyediakan apa-apa cagaran berkaitan dengan pinjaman yang diberikan kepada mana-mana orang oleh mana-mana orang yang lain.
Subseksyen (1) tidak terpakai—
jika pinjaman diberikan, atau jaminan atau cagaran disediakan berhubung dengan suatu pinjaman yang dibuat kepada suatu subsidiari atau syarikat pemegangan atau suatu subsidiari bagi syarikat pemegangannya;
bagi syarikat yang perniagaan biasanya termasuk pemberian pinjaman wang atau pemberian jaminan berkaitan dengan pinjaman yang dibuat oleh orang lain, atau kepada apa-apa jua yang dilakukan oleh syarikat dalam perjalanan biasa perniagaan itu, jika aktiviti syarikat itu dikawal selia oleh mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perbankan, insurans atau takaful atau tertakluk pada pengawasan oleh Bank Negara Malaysia; atau
bagi apa-apa pinjaman yang diberikan kepada seorang yang berkaitan dengan pengarah yang berkhidmat dalam penggajian sepenuh masa suatu syarikat atau perbadanan berkaitannya, mengikut mana-mana yang berkenaan—
bagi maksud perbelanjaan mesyuarat yang dilakukan atau hendak dilakukan olehnya dalam membeli atau selainnya memperoleh suatu rumah; atau
mengikut suatu skim bagi memberikan pinjaman kepada pekerja yang diluluskan oleh syarikat.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh berkuat kuasa untuk menghalang syarikat itu atau mana-mana orang daripada mendapatkan amaun bagi apa-apa pinjaman atau amaun yang baginya ia menjadi bertanggungan di bawah apa-apa jaminan yang diberikan atau berkenaan dengan apa-apa cagaran yang diberikan yang berlanggaran dengan seksyen ini.
Syarikat 283
Jika suatu syarikat melanggar seksyen ini, mana-mana pengarah yang membenarkan pemberian apa-apa pinjaman atau pemberian apa-apa jaminan yang berlawanan dengan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.