Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan
231. Kontrak perkhidmatan pengarah
Feedback & supportBagi maksud Penggal ini, “kontrak perkhidmatan”
seseorang pengarah berhubung dengan suatu syarikat awam ertinya suatu kontrak yang di bawahnya—
pengarah syarikat itu yang dengan sendiri mengaku janji untuk melaksanakan khidmatnya, sebagai pengarah atau selainnya bagi syarikat awam itu atau bagi subsidiari syarikat awam itu; atau
khidmat yang pengarah syarikat awam itu dengan sendiri mengaku janji untuk melaksanakan sebagai pengarah atau selainnya dibuat oleh pihak ketiga kepada syarikat awam itu, atau kepada subsidiari bagi syarikat awam itu.
Peruntukan Penggal ini yang berhubungan dengan kontrak perkhidmatan pengarah hendaklah—
terpakai bagi terma pelantikan seseorang sebagai pengarah suatu syarikat awam; atau
tidak terhad kepada kontrak bagi pelaksanaan khidmat di luar bidang tugas biasa seorang pengarah.