Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan
232. Salinan kontrak hendaklah tersedia bagi pemeriksaan
Feedback & supportTertakluk pada seksyen 233, suatu syarikat awam hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu salinan tiap-tiap kontrak perkhidmatan pengarah dengan syarikat itu atau subsidiarinya supaya tersedia bagi pemeriksaan.
Syarikat 293
Semua salinan kontrak itu hendaklah disimpan tersedia bagi pemeriksaan di pejabat berdaftar syarikat itu.
Salinan kontrak itu hendaklah tersedia bagi pemeriksaan sekurang-kurangnya satu tahun dari tarikh penamatan atau habis tempoh kontrak itu.
Syarikat itu hendaklah memberikan notis kepada Pendaftar—
mengenai tempat di mana salinan kontrak itu disimpan tersedia bagi pemeriksaan; dan
mengenai apa-apa pertukaran tempat itu, melainkan jika salinan kontrak itu tersimpan pada setiap masa di pejabat berdaftar syarikat itu.
Syarikat itu dan tiap-tiap pegawai yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.
Seksyen ini hendaklah terpakai bagi pengubahan tentang kontrak perkhidmatan pengarah sebagaimana yang ia terpakai bagi kontrak asalnya.