Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

230. Kelulusan bagi fi pengarah

Feedback & support
(1)

Fi bagi pengarah, dan apa-apa faedah yang kena dibayar kepada pengarah termasuklah apa-apa pampasan bagi kehilangan pekerjaan seseorang pengarah atau bekas pengarah—

(a)

bagi suatu syarikat awam; atau

(b)

bagi suatu syarikat tersenarai dan subsidiarinya, hendaklah diluluskan pada suatu mesyuarat agung.

(2)

Dalam hal suatu syarikat persendirian Lembaga boleh, tertakluk pada perlembagaan, meluluskan fi bagi pengarah dan apa-apa faedah yang kena dibayar kepada pengarah termasuk apa-apa pampasan bagi kehilangan pekerjaan seseorang pengarah atau bekas pengarah.

(3)

Apa-apa kelulusan yang dibuat di bawah subseksyen (2)

hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat pengarah dan Lembaga hendaklah memberitahu pemegang syer mengenai kelulusan fi itu dalam masa empat belas hari dari tarikh kelulusan itu.

(4)

Jika fi dibuat atau faedah lain diberikan yang baginya subseksyen (2) terpakai, anggota yang memegang sekurang-kurangnya sepuluh peratus jumlah keseluruhan hak mengundi dan yang menimbangkan bahawa pembayaran itu tidak adil bagi syarikat boleh, dalam masa tiga puluh hari selepas mengetahui tentang pembayaran itu, menghendaki syarikat untuk meluluskan suatu ketetapan bagi meluluskan pembayaran itu sama ada melalui ketetapan bertulis atau pada suatu mesyuarat agung.

(5)

Melainkan jika suatu kelulusan telah diperoleh melalui ketetapan yang diluluskan di bawah subseksyen (4), pembayaran itu hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar oleh pengarah kepada syarikat.

(6)

Syarikat yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit dan apa-apa pembayaran yang berlanggaran dengan

292 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

subseksyen (1) hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar oleh pengarah kepada syarikat.

(7)

Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar subseksyen (3)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit.

Report

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules