Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan
265. Pendaftaran firma juruaudit
Feedback & supportSuatu firma juruaudit yang baharu hendaklah memberitahu
Pendaftar butir-butir yang berikut dalam masa tiga puluh hari dari tarikh permulaan perniagaan:
nama firma itu;
nombor firma itu;
alamat tempat perniagaan utama dan alamat setiap tempat perniagaan yang lain, jika ada;
tarikh permulaan perniagaan;
nama penuh, alamat, nombor kelulusan dan butir-butir lain semua pekongsi; dan
apa-apa butir lain yang difikirkan sesuai oleh Pendaftar.
Pemberitahuan dalam subseksyen (1) hendaklah mengikut bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar.
Syarikat 325
Pendaftar hendaklah menyebabkan suatu daftar firma juruaudit disimpan dan hendaklah menyebabkan supaya dicatatkan dalam daftar itu berhubung dengan suatu firma juruaudit butir-butir yang disebut dalam subseksyen (1).
Apabila suatu firma juruaudit disusun semula disebabkan oleh persaraan, penarikan diri atau kematian pekongsi atau disebabkan oleh kemasukan pekongsi baharu atau apabila terdapat perubahan dalam mana-mana butir-butir yang berhubungan dengan firma itu atau pekongsinya, suatu pemberitahuan hendaklah diserah simpan dengan
Pendaftar yang menunjukkan perubahan yang berkaitan dan tarikh perubahan itu dalam masa tiga puluh hari dari perubahan itu.
Laporan atau notis yang berupa sebagai dibuat atau diberikan oleh suatu firma yang dilantik sebagai juruaudit bagi suatu syarikat tidak boleh diambil kira telah dibuat atau diberikan dengan sewajarnya melainkan jika—
laporan atau notis itu ditandatangani atas nama firma itu dan atas namanya sendiri oleh pekongsi firma yang merupakan juruaudit syarikat yang diluluskan; dan
nombor firma itu dan nombor kelulusan pekongsi itu ditulis atau dicetak dengan jelas sama ada di bawah atau bersebelahan dengan tandatangan firma dan pekongsi itu masing-masingnya.
Bagi maksud seksyen ini—
“nombor kelulusan”, berhubung dengan seseorang juruaudit, ialah nombor yang diuntukkan kepada orang itu atas kelulusan yang diberikan oleh
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“nombor firma”, berhubung dengan suatu firma juruaudit, ialah nombor yang diuntukkan oleh Pendaftar kepada suatu firma juruaudit dalam suatu pemberitahuan di bawah subseksyen (1); dan 326 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
“pekongsi”, berhubung dengan suatu firma juruaudit, termasuk tuan punya tunggal suatu firma.