Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

264. Juruaudit syarikat

Feedback & support
(1)

Seseorang tidak boleh—

(a)

dengan diketahuinya bersetuju untuk dilantik sebagai juruaudit bagi mana-mana syarikat;

(b)

dengan diketahuinya bertindak sebagai juruaudit bagi mana-mana syarikat; dan

(c)

menyediakan, untuk atau bagi pihak syarikat, apa-apa laporan yang dikehendaki oleh Akta ini untuk disediakan oleh juruaudit syarikat yang diluluskan jika—

(i)

dia bukan juruaudit syarikat yang diluluskan;

(ii)

dia berhutang dengan syarikat atau dengan perbadanan yang disifatkan berkaitan dengan syarikat itu menurut kuasa seksyen 7 bagi suatu amaun yang tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit;

(iii)

dia—

(A)

atau suami atau isterinya ialah pegawai syarikat itu;

(B)

seorang pekongsi, majikan atau pekerja bagi pegawai syarikat itu;

322 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(C)

seorang pekongsi atau pekerja bagi pekerja pegawai syarikat itu; atau

(D)

seorang pemegang syer atau suami atau isterinya ialah pemegang syer bagi suatu perbadanan yang pekerjanya ialah pegawai syarikat itu;

(iv)

dia bertanggungjawab bagi atau dia ialah pekongsi, majikan atau pekerja orang yang bertanggungjawab bagi penyimpanan daftar anggota atau daftar pemegang debentur syarikat itu;

(v)

dia ialah seorang bankrap yang belum dilepaskan di dalam dan luar Malaysia kecuali dengan keizinan Mahkamah;

atau

(vi)

dia telah disabitkan dengan mana-mana kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tiga bulan atau lebih.

(2)

Bagi maksud subperenggan (1)(c)(iii), seseorang hendaklah disifatkan sebagai pegawai suatu syarikat jika dia merupakan pegawai suatu perbadanan yang disifatkan berkaitan dengan syarikat itu menurut kuasa seksyen 7 jika dia telah menjadi pegawai atau penganjur syarikat atau perbadanan itu pada bila-bila masa dalam tempoh dua belas bulan sebelumnya, melainkan jika Menteri mengarahkan selainnya.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, seseorang tidak boleh disifatkan menjadi pegawai syarikat hanya oleh sebab dia telah dilantik sebagai juruaudit suatu perbadanan.

(4)

Suatu firma juruaudit tidak boleh dengan diketahuinya bersetuju untuk dilantik, dan tidak boleh dengan diketahuinya bertindak, sebagai juruaudit bagi mana-mana syarikat dan tidak boleh menyediakan, untuk atau bagi pihak syarikat, apa-apa laporan yang dikehendaki oleh

Akta ini untuk disediakan oleh juruaudit syarikat yang diluluskan melainkan jika—

Syarikat 323

(a)

semua pekongsi firma itu yang bermastautin di Malaysia merupakan juruaudit syarikat yang diluluskan dan, jika firma itu tidak didaftarkan sebagai suatu firma di bawah mana-mana undang-undang yang pada masa ini berkuat kuasa, suatu penyata yang menunjukkan nama penuh dan alamat semua pekongsi firma itu telah diserah simpan dengan

Pendaftar; dan

(b)

tiada pekongsi firma itu boleh dihilangkan kelayakan di bawah subseksyen (1) daripada bertindak sebagai juruaudit syarikat.

(4A)

Walau apa pun perenggan (4)(b), tiada pekongsi firma boleh dihilangkan kelayakan oleh sebab pasangannya menjadi seorang pegawai syarikat itu, jika sebab itu tidak menjejaskan kebebasan juruaudit dan firma juruaudit.

(4B)

Pendaftar boleh mengeluarkan garis panduan bagi maksud menentukan kebebasan juruaudit dan firma juruaudit.

(5)

Suatu syarikat tidak boleh melantik seseorang atau suatu firma sebagai juruaudit syarikat melainkan jika sebelum pelantikan itu—

(a)

orang itu telah bersetuju secara bertulis untuk bertindak sebagai juruaudit; atau

(b)

dalam hal suatu firma, sekurang-kurangnya satu pekongsi firma itu telah bersetuju secara bertulis.

(6)

Pelantikan suatu firma atas nama firma itu sebagai juruaudit syarikat hendaklah berkuat kuasa sebagai suatu pelantikan sebagai juruaudit syarikat bagi orang yang merupakan pekongsi firma itu pada masa pelantikan itu.

(7)

Pelantikan suatu firma atas nama perkongsian liabiliti terhad atau perkongsian liabiliti terhad asing sebagai juruaudit suatu syarikat hendaklah berkuat kuasa sebagai suatu pelantikan sebagai juruaudit syarikat seolah-olah—

324 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(a)

pekongsi perkongsian liabiliti terhad itu, sama ada pekongsi pada masa perkongsian liabiliti terhad itu telah dilantik sebagai juruaudit atau kemudiannya; dan

(b)

pekerja perkongsian liabiliti terhad itu yang diluluskan sebagai juruaudit syarikat dalam perkongsian liabiliti terhad itu, sama ada diambil kerja pada masa perkongsian liabiliti terhad itu telah dilantik sebagai juruaudit atau kemudiannya, dilantik sebagai juruaudit syarikat.

(8)

Mana-mana orang atau mana-mana firma yang dilantik sebagai juruaudit yang melanggar subseksyen (1) atau (4) masing-masingnya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.

Report

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules