Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

266. Kuasa dan kewajipan juruaudit

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap juruaudit syarikat hendaklah melaporkan kepada anggota mengenai penyata kewangan dan mengenai rekod perakaunan syarikat dan rekod lain yang berhubungan dengan penyata kewangan itu dan jika syarikat itu ialah suatu syarikat pemegangan yang baginya penyata kewangan disatukan yang disediakan hendaklah juga melaporkan kepada anggota mengenai penyata kewangan disatukan, dan laporan itu hendaklah—

(a)

dalam hal suatu syarikat awam, dibentangkan di hadapan syarikat pada mesyuarat agung tahunannya; atau

(b)

dalam hal suatu syarikat persendirian—

(i)

diedarkan kepada anggotanya; atau

(ii)

dibentangkan di hadapan syarikat itu pada suatu mesyuarat anggota.

(2)

Juruaudit hendaklah, dalam suatu laporan di bawah seksyen ini, menyatakan—

(a)

sama ada penyata kewangan itu dan, jika syarikat itu ialah syarikat pemegangan yang baginya penyata kewangan disatukan disediakan, penyata kewangan disatukan itu adalah pada pendapatnya disediakan dengan sewajarnya—

(i)

supaya suatu pendapat yang benar dan patut dapat diberikan mengenai perkara yang dikehendaki oleh seksyen 249 untuk diperkatakan dalam penyata kewangan itu dan, jika terdapat penyata kewangan disatukan, dalam penyata kewangan disatukan itu;

Syarikat 327

(ii)

mengikut Akta ini supaya suatu pendapat yang benar dan patut dapat diberikan mengenai hal ehwal syarikat;

dan

(iii)

mengikut piawaian perakaunan diluluskan yang terpakai, atau dalam hal penyata kewangan yang dikehendaki disediakan atau diserah simpan dengan pihak berkuasa yang disebut dalam seksyen 26D Akta

Laporan Kewangan 1997, penyata kewangan itu hendaklah dibuat mengikut piawaian perakaunan diluluskan yang terpakai tertakluk pada apa-apa penentuan, garis panduan atau peraturan-peraturan sebagaimana yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa itu;

(b)

jika pada pendapatnya penyata kewangan itu, dan jika terpakai penyata kewangan disatukan itu, tidak disediakan mengikut suatu piawaian perakaunan diluluskan yang terpakai tertentu—

(i)

sama ada pada pendapatnya penyata kewangan atau penyata kewangan disatukan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, akan, jika disediakan mengikut piawaian perakaunan diluluskan, memberikan pendapat yang benar dan patut mengenai perkara yang dikehendaki oleh seksyen 249 untuk diperkatakan dalam penyata kewangan atau penyata kewangan disatukan itu;

(ii)

jika pada pendapatnya penyata kewangan atau penyata kewangan disatukan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak akan, jika disediakan sedemikian memberikan pendapat yang benar dan patut mengenai perkara itu, sebabnya bagi berpendapat sebegitu;

(iii)

jika pengarah telah memberikan butir-butir mengenai kesan kewangan kuantiti di bawah seksyen 244, pendapatnya mengenai butir-butir itu; dan

(iv)

dalam hal yang sama ada subperenggan (ii) atau (iii)

tidak terpakai, butir-butir mengenai kesan kewangan

328 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

kuantiti pada penyata kewangan atau penyata kewangan disatukan itu atas kegagalan untuk menyediakan penyata kewangan atau penyata kewangan disatukan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(c)

dalam hal suatu penyata kewangan disatukan, nama subsidiari, jika ada, yang dia tidak bertindak sebagai juruaudit;

(d)

apa-apa kecacatan atau ketidakteraturan dalam penyata kewangan atau penyata kewangan disatukan dan apa-apa perkara yang tidak dinyatakan dalam penyata kewangan atau penyata kewangan yang disatukan itu tanpa mengambil kira yang baginya pendapat yang benar dan patut mengenai perkara yang diperkatakan dalam penyata kewangan atau penyata kewangan yang disatukan itu tidak akan diperoleh;

dan

(e)

jika dia tidak berpuas hati mengenai apa-apa perkara yang disebut dalam perenggan (a), (b) atau (c), sebab bagi ketidakpuasan hati itu.

(3)

Juruaudit suatu syarikat hendaklah mempunyai kewajipan untuk memberikan pendapat untuk setiap perkara yang berikut:

(a)

sama ada juruaudit telah mendapat semua maklumat dan penjelasan yang dikehendakinya;

(b)

sama ada rekod perakaunan dan rekod lain yang sepatutnya, termasuklah daftar, telah disimpan oleh syarikat itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta ini;

(c)

sama ada penyata yang diterima daripada pejabat cawangan syarikat itu mencukupi; dan

(d)

sama ada tatacara dan kaedah yang digunakan oleh syarikat pemegangan atau subsidiari dalam mengira amaun yang dimasukkan dalam mana-mana akaun yang disatukan itu bersesuaian dengan hal keadaan penyatuan itu,

Syarikat 329

dan juruaudit hendaklah menyatakan dalam laporannya butir-butir mengenai apa-apa kekurangan, kegagalan atau kelemahan berkenaan dengan apa-apa perkara yang disebut dalam subseksyen ini.

(4)

Juruaudit suatu syarikat berhak untuk mengakses pada setiap masa yang munasabah rekod perakaunan dan rekod lain, termasuklah daftar syarikat dan berhak untuk menghendaki daripada mana-mana pegawai syarikat itu dan mana-mana juruaudit suatu syarikat yang berkaitan apa-apa maklumat dan penjelasan yang dimintanya bagi maksud audit.

(5)

Juruaudit syarikat pemegangan yang baginya penyata kewangan disatukan dikehendaki—

(a)

berhak untuk mengakses pada setiap masa yang munasabah rekod perakaunan dan rekod lain, termasuklah daftar, bagi mana-mana subsidiari, jika perlu; dan

(b)

berhak untuk menghendaki daripada mana-mana pegawai atau juruaudit mana-mana subsidiari yang dimasukkan dalam penyata kewangan disatukan itu, atas perbelanjaan syarikat pemegangan itu, apa-apa maklumat dan penjelasan berhubung dengan hal ehwal subsidiari itu yang dimasukkan dalam penyata kewangan disatukan itu.

(6)

Laporan juruaudit itu hendaklah dilampirkan dengan atau diendors pada penyata kewangan atau penyata kewangan disatukan itu dan hendaklah, jika mana-mana anggota menghendaki sedemikian, dibaca di hadapan syarikat dalam suatu mesyuarat agung dan hendaklah terbuka untuk pemeriksaan oleh mana-mana anggota pada bila-bila masa yang munasabah.

(7)

Juruaudit syarikat atau ejennya yang diberi kuasa olehnya secara bertulis berhak untuk menghadiri mana-mana mesyuarat agung syarikat dan untuk menerima semua notis, dan komunikasi lain yang berhubungan dengan mana-mana mesyuarat agung yang anggotanya berhak untuk menerima, dan untuk didengar pada mana-mana mesyuarat agung yang dia hadir pada mana-mana bahagian urusan mesyuarat yang berkenaan dengan juruaudit itu atas keupayaannya sebagai juruaudit.

330 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(8)

Jika seseorang juruaudit, dalam menjalankan pelaksanaan kewajipannya sebagai juruaudit syarikat, berpuas hati bahawa—

(a)

terdapat pelanggaran atau ketidakpatuhan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini; dan

(b)

hal keadaan adalah sebegitu yang pada pendapatnya perkara itu belum atau tidak akan diperkatakan dengan sebaiknya dengan ulasan dalam laporannya dalam penyata kewangan atau penyata kewangan disatukan itu atau membawa perkara itu ke perhatian pengarah syarikat atau, jika syarikat adalah subsidiari, pengarah syarikat pemegangannya, dia hendaklah dengan serta-merta melaporkan perkara itu secara bertulis kepada Pendaftar.

(9)

Sebagai tambahan kepada subseksyen (8), jika seorang juruaudit dalam menjalankan pelaksanaan kewajipannya sebagai juruaudit suatu syarikat awam atau suatu syarikat yang dikawal oleh suatu syarikat awam berpendapat bahawa suatu kesalahan berat yang melibatkan fraud atau kecurangan sedang berlaku atau telah dilakukan terhadap syarikat atau Akta ini oleh pegawai syarikat, dia hendaklah dengan serta-merta melaporkan perkara itu secara bertulis kepada

Pendaftar.

(10)

Tiada kewajipan bagi seorang juruaudit syarikat boleh diambil dikira sebagai telah melanggari kewajipan oleh sebab dia melaporkan perkara yang disebut dalam subseksyen (9) dengan suci hati kepada

Pendaftar.

(11)

Bagi maksud subseksyen (9)—

(a)

suatu syarikat dianggap, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, dikawal oleh suatu syarikat awam jika syarikat awam itu berhak untuk menjalankan atau mengawal penjalanan tidak kurang daripada dua puluh peratus undi yang terikat dengan syer mengundi syarikat; dan

(b)

“kesalahan berat yang melibatkan fraud atau kecurangan”

ertinya suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan

Syarikat 331

pemenjaraan selama tempoh yang tidak kurang daripada dua tahun atau nilai aset yang diperoleh atau mungkin diperoleh atau apa-apa kerugian yang ditanggung oleh syarikat, anggota atau pemegang debentur daripada pelakuan kesalahan itu melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit dan termasuk kesalahan di bawah seksyen 591, 592, 593, 594 dan 595.

(12)

Seorang pegawai suatu perbadanan yang enggan atau gagal membenarkan juruaudit perbadanan itu tanpa alasan yang sah, atau juruaudit suatu perbadanan yang enggan atau gagal membenarkan seorang juruaudit syarikat pemegangannya tanpa alasan yang sah—

(a)

untuk mengakses apa-apa rekod perakaunan dan rekod lain, termasuklah daftar perbadanan dalam jagaan atau kawalannya;

(b)

untuk memberikan apa-apa maklumat atau penjelasan sebagaimana dan apabila dikehendaki di bawah seksyen ini;

atau

(c)

selainnya menghalang, menggalang atau melengahkan seseorang juruaudit dalam menjalankan pelaksanaan kewajipannya atau menjalankan kuasanya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.

(13)

Mana-mana juruaudit yang melanggar subseksyen (8) atau (9)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.

332 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

Report

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules