Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian VIII · Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;
397. Cadangan bagi perkiraan sukarela
Feedback & supportJika pengarah suatu syarikat atau Pegawai Penerima berniat untuk membuat cadangan bagi suatu perkiraan sukarela, pengarah atau
Pegawai Penerima itu hendaklah melantik penama dan hendaklah mengemukakan dokumen yang berikut kepada penama:
suatu dokumen yang menyatakan terma perkiraan sukarela yang dicadangkan; dan
suatu pernyataan tentang hal ehwal syarikat yang mengandungi—
butir-butir tentang pemiutang syarikat dan tentang hutangnya dan liabiliti lain dan tentang asetnya; dan
Syarikat 465
maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki oleh penama bagi mematuhi subseksyen (2).
Bagi maksud subseksyen
, penama hendaklah mengemukakan kepada pengarah, suatu pernyataan yang menunjukkan sama ada atau tidak, pada pendapatnya—
perkiraan sukarela yang dicadangkan mempunyai peluang yang munasabah untuk diluluskan dan dilaksanakan;
syarikat berkemungkinan mempunyai dana yang mencukupi yang tersedia bagi syarikat sepanjang moratorium yang dicadangkan untuk membolehkan syarikat itu menjalankan perniagaannya; dan
bahawa mesyuarat syarikat dan pemiutangnya hendaklah dipanggil untuk menimbangkan perkiraan sukarela yang dicadangkan.
Penama berhak untuk bergantung kepada maklumat yang dikemukakan kepadanya di bawah subseksyen (1) dalam merumuskan pendapatnya mengenai perkara yang dikehendaki di bawah subseksyen (2) melainkan jika penama itu mempunyai sebab untuk meragui tentang ketepatannya.