Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian VIII · Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;
418. Maklumat hendaklah diberikan oleh dan kepada pengurus kehakiman
Feedback & supportJika suatu perintah pengurusan kehakiman dibuat, pengurus kehakiman hendaklah—
menghantar suatu salinan perintah itu kepada Pendaftar dan syarikat dalam masa tujuh hari dari perintah itu dibuat;
menyiarkan suatu notis tentang perintah itu dalam satu surat khabar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dalam bahasa kebangsaan dan satu surat khabar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dalam bahasa Inggeris; dan
menghantar notis sedemikian kepada semua pemiutang syarikat, setakat yang pengurus kehakiman mengetahui tentang alamat dalam masa tiga puluh hari dari perintah dibuat, melainkan jika Mahkamah mengarahkan selainnya.
Syarikat hendaklah mengemukakan suatu pernyataan tentang hal ehwal syarikat mengikut seksyen 419 dalam masa empat belas hari dari penerimaan perintah yang disebut dalam perenggan (1)(a) atau apa-apa tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang dibenarkan oleh pengurus kehakiman yang tidak patut melebihi enam puluh hari.
Syarikat 491
Mana-mana orang yang, tanpa alasan yang munasabah, melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.