Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VIII · Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

416. Agensi dan liabiliti bagi kontrak

Feedback & support
(1)

Pengurus kehakiman atau pengurus kehakiman interim bagi suatu syarikat—

(a)

hendaklah disifatkan sebagai ejen syarikat;

(b)

hendaklah bertanggungan sendiri bagi apa-apa kontrak, termasuklah apa-apa kontrak pekerjaan, yang dibuat atau yang diterima pakai olehnya dalam menjalankan fungsinya, kecuali setakat yang kontrak itu atau notis di bawah subseksyen (2) memperuntukkan selainnya; dan

(c)

adalah berhak ditanggung rugi berkenaan dengan liabiliti itu, dan dibayar saraan dan perbelanjaannya, daripada harta syarikat yang berada dalam jagaannya atau di bawah kawalannya dengan diberikan keutamaan daripada segala hutang lain kecuali yang tertakluk pada jaminan yang kepadanya subseksyen 415(2) terpakai.

(2)

Jika suatu kontrak yang dibuat oleh syarikat diterima pakai oleh pengurus kehakiman atau pengurus kehakiman interim, dia boleh, melalui notis yang diberikan kepada pihak yang satu lagi, menolak tuntutan apa-apa liabiliti diri di bawah kontrak itu.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, pengurus kehakiman atau pengurus kehakiman interim tidak boleh dianggap sebagai menerima pakai kontrak yang dibuat oleh syarikat disebabkan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan dalam masa tiga puluh hari dari pembuatan perintah pengurusan kehakiman.

(4)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh—

(a)

mengehadkan hak seseorang pengurus kehakiman atau pengurus kehakiman interim untuk mendapatkan ganti rugi daripada mana-mana orang lain berkenaan dengan kontrak yang dibuat olehnya yang diluluskan oleh Mahkamah; atau

Syarikat 489

(b)

menjadikan pengurus kehakiman atau pengurus kehakiman interim bertanggungan sendiri bagi bayaran sewa di bawah pajakan yang dipegang oleh syarikat pada masa pelantikan.

Report

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules