Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VIII · Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

398A. Mendapatkan balik harta yang dicagar semasa perkiraan sukarela

Feedback & support
(1)

Walau apa pun seksyen 398, pemiutang bercagar boleh mengambil milikan, menjalankan apa-apa hak lain berhubung dengan, atau selainnya mendapatkan balik, harta yang dicagar semasa tempoh moratorium dalam suatu perkiraan sukarela jika—

(a)

harta yang dicagar itu tidak dikehendaki oleh syarikat untuk perkiraan sukarela itu;

(b)

moratorium itu menimbulkan risiko tinggi terhadap kewujudan harta yang dicagar itu; atau

Syarikat 467

(c)

nilai harta yang dicagar itu menurun disebabkan oleh moratorium.

(2)

Pemiutang bercagar hendaklah memberitahu dan mendapatkan persetujuan daripada penama sebelum mengambil milikan harta yang dicagar di bawah subseksyen (1).

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “harta yang dicagar” ertinya apa-apa harta selain harta tak alih yang tertakluk pada gadaian atau apa-apa cagaran lain.

Report

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules