Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VIII · Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

417. Pengosongan jawatan dan pelepasan

Feedback & support
(1)

Pengurus kehakiman sesuatu syarikat boleh—

(a)

pada bila-bila masa dipecat daripada jawatan melalui perintah Mahkamah; atau

(b)

meletakkan jawatannya dengan memberikan notis tentang peletakan jawatannya kepada Mahkamah dengan keizinan

Mahkamah dan tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Mahkamah.

(2)

Pengurus kehakiman bagi suatu syarikat hendaklah mengosongkan jawatannya jika—

(a)

sebagai seorang pengamal insolvensi pada masa pelantikannya, dia terhenti menjadi pengamal insolvensi;

atau

(b)

perintah pengurusan kehakiman dilepaskan.

(3)

Jika pada bila-bila masa seseorang terhenti menjadi pengurus kehakiman bagi suatu syarikat sama ada menurut kuasa seksyen ini atau disebabkan kematiannya—

(a)

apa-apa jumlah wang yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa hutang atau liabiliti yang dilakukan semasa orang itu menjadi pengurus kehakiman di bawah kontrak yang dibuat olehnya dalam menjalankan fungsinya; dan

(b)

apa-apa saraan dan perbelanjaan yang dilakukan olehnya dengan sepatutnya, hendaklah dicaj kepada dan dibayar daripada harta syarikat yang dalam jagaannya atau di bawah kawalannya dengan diberikan keutamaan

490 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

daripada segala hutang lain, kecuali yang tertakluk pada jaminan yang kepadanya subseksyen 415(2) terpakai.

(4)

Jika seseorang terhenti menjadi pengurus kehakiman bagi suatu syarikat, dia hendaklah, dari apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Mahkamah, dilepaskan daripada apa-apa liabiliti berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan olehnya dalam pengurusan syarikat itu atau selainnya berhubung dengan pelakuannya sebagai pengurus kehakiman.

(5)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh melepaskan orang yang terhenti menjadi pengurus kehakiman sesuatu syarikat daripada apa-apa liabiliti yang disebut dalam subseksyen 424(5).

Report

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules