Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian VIII · Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;
400. Keputusan mesyuarat
Feedback & supportSesuatu mesyuarat yang dipanggil di bawah seksyen 399
hendaklah memutuskan sama ada untuk meluluskan perkiraan sukarela yang dicadangkan atau selainnya.
Majoriti yang diperlukan untuk meluluskan suatu cadangan bagi perkiraan sukarela dalam mesyuarat pemiutang adalah tujuh puluh lima peratus daripada jumlah keseluruhan nilai pemiutang yang hadir dan mengundi dalam mesyuarat itu sama ada dengan sendiri atau melalui proksi.
468 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
Suatu majoriti mudah dikehendaki bagi meluluskan suatu ketetapan untuk meluluskan cadangan bagi perkiraan sukarela dalam suatu mesyuarat anggota.
Sesuatu mesyuarat yang dipanggil di bawah seksyen 399 tidak boleh meluluskan apa-apa cadangan yang menjejaskan hak pemiutang bercagar syarikat untuk melaksanakan jaminannya, kecuali dengan persetujuan pemiutang bercagar yang berkenaan.
Apabila diluluskan melalui majoriti yang dikehendaki di bawah subseksyen (2) dan (3), perkiraan sukarela yang dicadangkan hendaklah berkuat kuasa dan mengikat semua pemiutang syarikat sama ada pemiutang itu mengundi dengan memihak kepada cadangan itu atau tidak.
Sesuatu ubah suaian berkenaan dengan cadangan tidak boleh dibenarkan dibuat dalam mana-mana mesyuarat di bawah seksyen 399.
Selepas tamat setiap mesyuarat yang diadakan di bawah subseksyen (2) dan (3), penama hendaklah melaporkan keputusan mesyuarat kepada Mahkamah dan hendaklah memberikan notis tentang keputusan itu kepada Pendaftar dan kepada mana-mana orang atau badan lain sebagaimana yang diluluskan oleh Mahkamah.