Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VIII · Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

398. Moratorium

Feedback & support
(1)

Suatu moratorium dalam perkiraan sukarela bermula secara automatik dari masa pemfailan dokumen yang berikut oleh syarikat dengan Mahkamah:

(a)

suatu dokumen yang menyatakan terma perkiraan sukarela yang dicadangkan;

(b)

suatu pernyataan tentang hal ehwal syarikat yang mengandungi—

(i)

butir-butir tentang pemiutang syarikat dan tentang hutangnya dan liabiliti lain dan tentang asetnya; dan 466 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(ii)

maklumat lain;

(c)

suatu pernyataan bahawa syarikat itu layak bagi moratorium;

(d)

suatu pernyataan daripada penama bahawa dia memberikan persetujuannya untuk bertindak;

(e)

suatu pernyataan daripada penama; dan

(f)

suatu pernyataan yang menzahirkan butir-butir lengkap tentang perkiraan sukarela yang dicadangkan terdahulu atau suatu permohonan bagi moratorium dan keputusan permohonan itu, jika ada.

(2)

Jadual Kelapan hendaklah berkuat kuasa berkenaan dengan—

(a)

syarikat yang layak bagi moratorium;

(b)

tempoh dan pelanjutan moratorium;

(c)

kesan moratorium; dan

(d)

tatacara yang terpakai berhubung dengan kelulusan dan pelaksanaan perkiraan sukarela jika moratorium itu sedang atau telah berkuat kuasa.

Report

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules