Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VIII · Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

405. Kuasa Mahkamah untuk membuat perintah pengurusan kehakiman dan melantik pengurus kehakiman

Feedback & support
(1)

Jika suatu syarikat atau pengarahnya, di bawah suatu ketetapan anggotanya atau lembaga pengarah, atau pemiutang, termasuklah mana-mana pemiutang luar jangka atau prospektif atau semua atau mana-mana pihak itu, bersama-sama atau secara

472 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

berasingan, membuat permohonan di bawah seksyen 404, Mahkamah boleh membuat suatu perintah pengurusan kehakiman berhubung dengan syarikat itu jika—

(a)

Mahkamah berpuas hati bahawa syarikat itu tidak mampu atau akan menjadi tidak mampu untuk membayar hutangnya;

dan

(b)

Mahkamah menganggap bahawa pembuatan perintah itu berkemungkinan mencapai satu daripada tujuan yang berikut atau lebih:

(i)

penerusan syarikat itu, atau keseluruhan atau sebahagian daripada pengusahaannya sebagai suatu usaha berterusan;

(ii)

kelulusan di bawah seksyen 366 daripada suatu kompromi atau perkiraan antara syarikat itu dengan mana-mana orang yang disebut dalam seksyen itu;

(iii)

penghasilan aset syarikat yang lebih menguntungkan dapat dilaksanakan berbanding dengan penggulungan.

(2)

Setelah mendengar permohonan bagi suatu perintah pengurusan kehakiman, Mahkamah boleh menolak permohonan itu atau menangguhkan pendengaran itu dengan syarat atau tanpa syarat atau membuat suatu perintah interim atau apa-apa perintah lain yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah.

(3)

Apa-apa perintah pengurusan kehakiman yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah mengarahkan bahawa sepanjang tempoh yang perintah itu berkuat kuasa, hal ehwal, urusan dan harta syarikat hendaklah diuruskan oleh seorang pengurus kehakiman yang dilantik oleh Mahkamah.

(4)

Kos dan perbelanjaan mana-mana permohonan yang tidak berjaya bagi perintah pengurusan kehakiman yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah, melainkan jika Mahkamah mengarahkan selainnya, ditanggung oleh pemohon dan, jika Mahkamah berpendapat bahawa permohonan itu adalah remeh atau menyusahkan, Mahkamah

Syarikat 473

boleh membuat apa-apa perintah untuk membetulkan apa-apa ketidakadilan yang mungkin berlaku sebagaimana yang difikirkan adil dan saksama oleh Mahkamah.

(5)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang

Mahkamah—

(a)

daripada membuat suatu perintah pengurusan kehakiman dan melantik seorang pengurus kehakiman jika Mahkamah berpendapat kepentingan awam menghendaki sedemikian;

atau

(b)

daripada melantik, selepas suatu permohonan bagi perintah pengurusan kehakiman dibuat dan atas permohonan orang yang memohon perintah pengurusan kehakiman itu, seorang pengurus kehakiman interim, sementara menunggu suatu perintah pengurusan kehakiman dibuat, dan pengurus kehakiman interim itu boleh menjadi orang yang dinamakan dalam permohonan itu dan boleh menjalankan apa-apa fungsi, kuasa dan kewajipan sebagaimana yang dinyatakan oleh Mahkamah dalam perintah interim itu.

(6)

Suatu perintah pengurusan kehakiman tidak boleh dibuat berhubung dengan suatu syarikat selepas syarikat itu berada dalam penyelesaian.

(7)

Bagi maksud Subpenggal ini, “harta” berhubung dengan suatu syarikat termasuk wang, barang, benda dalam tindakan dan tiap-tiap perihal harta, sama ada harta tanah atau harta persendirian, dan sama ada di Malaysia atau di tempat lain, dan juga obligasi dan tiap-tiap perihal kepentingan sama ada pada masa ini atau pada masa hadapan atau terletak hak atau kontingen yang berbangkit daripada atau bersampingan dengan harta.

(8)

Takrif “ketidakmampuan untuk membayar hutang” dalam seksyen 466 hendaklah terpakai bagi maksud seksyen ini sebagaimana yang takrif itu terpakai bagi maksud Subpenggal 7 Penggal 1 Bahagian IV.

474 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

Report

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules