Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VIII · Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

410. Kesan permohonan bagi perintah pengurusan kehakiman

Feedback & support

Sepanjang tempoh yang bermula dengan pembuatan suatu permohonan bagi perintah pengurusan kehakiman dan yang berakhir dengan pembuatan perintah itu atau penolakan permohonan itu—

(a)

tiada ketetapan boleh diluluskan atau perintah dibuat bagi penggulungan syarikat;

(b)

tiada langkah-langkah boleh diambil untuk menguatkuasakan apa-apa gadaian ke atas atau jaminan ke atas harta syarikat atau untuk memiliki semula apa-apa barang dalam milikan syarikat di bawah mana-mana perjanjian sewa beli, perjanjian pemajakan catel atau perjanjian pemegangan hakmilik, kecuali dengan keizinan

Mahkamah dan tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang dikenakan oleh Mahkamah; dan

(c)

tiada prosiding lain dan tiada pelaksanaan atau proses undang-undang lain boleh dimulakan atau diteruskan dan tiada distres boleh dikenakan terhadap syarikat atau hartanya kecuali dengan keizinan Mahkamah dan tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang dikenakan oleh Mahkamah.

Kesan perintah pengurusan kehakiman

Report

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules