Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian VIII · Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;
406. Tempoh perintah pengurusan kehakiman dan pelanjutannya
Feedback & supportSuatu perintah pengurusan kehakiman hendaklah, melainkan jika pengurusan kehakiman itu dilepaskan, terus berkuat kuasa selama tempoh enam bulan dari tarikh perintah itu dibuat tetapi
Mahkamah boleh, atas permohonan pengurus kehakiman, melanjutkan tempoh itu tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang dikenakan oleh Mahkamah.
Jika suatu permohonan dibuat untuk melanjutkan tempoh enam bulan sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1) kepada suatu tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang dibenarkan oleh
Mahkamah, pengurus kehakiman hendaklah memberikan notis mengenai permohonan itu kepada—
semua pengarah;
semua anggota;
semua pemiutang; dan
mana-mana orang yang berhak untuk melantik penerima atau penerima dan pengurus, syarikat, dan tempoh itu tidak boleh dianggap sebagai sebahagian daripada apa-apa tempoh had masa sebagaimana yang dinyatakan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
Pemohon hendaklah memberitahu Pendaftar tentang apa-apa permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) mengikut bentuk dan cara yang ditentukan oleh Pendaftar.