Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian VIII · Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;
415. Kuasa untuk berurusan dengan harta yang digadaikan, dsb
Feedback & supportPengurus kehakiman bagi suatu syarikat boleh melupuskan atau selainnya menjalankan kuasanya berhubung dengan mana-mana harta syarikat yang tertakluk pada suatu jaminan yang kepadanya, sebagaimana yang diwujudkan, ialah gadaian terapung.
Jika, atas permohonan oleh pengurus kehakiman bagi suatu syarikat, Mahkamah berpuas hati bahawa pelupusan, dengan atau tanpa aset lain—
mana-mana harta syarikat yang tertakluk pada suatu jaminan selain gadaian terapung; atau
Syarikat 483
apa-apa barang di bawah suatu perjanjian sewa beli, perjanjian pemajakan catel atau perjanjian pemegangan hakmilik, berkemungkinan untuk menganjurkan satu tujuan yang dinyatakan dalam perintah pengurusan kehakiman atau lebih, Mahkamah boleh, melalui perintah, membenarkan pengurus kehakiman itu untuk melupuskan harta itu seolah-olah harta itu tidak tertakluk pada jaminan atau untuk melupuskan barang itu seolah-olah segala hak pemunya di bawah perjanjian sewa beli terletak hak pada syarikat itu.
Pengurus kehakiman hendaklah menghantar suatu salinan perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2) kepada Pendaftar dalam masa empat belas hari dari perintah itu dibuat.
Pengurus kehakiman yang membuat permohonan kepada
Mahkamah untuk melupuskan harta yang tertakluk pada jaminan di bawah subseksyen (2) hendaklah memberikan notis tidak kurang daripada tujuh hari sebelum permohonan itu dibuat, kepada pemegang jaminan atau kepada pemunya barang yang tertakluk pada mana-mana perjanjian yang disebut dalam subseksyen itu dan pemegang jaminan atau pemunya itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh menentang pelupusan harta itu.
Jika apa-apa harta dilupuskan di bawah subseksyen (1), pemegang jaminan hendaklah mempunyai keutamaan yang sama berkenaan dengan apa-apa harta syarikat yang dilupuskan sebagaimana yang sepatutnya dipunyai olehnya berkenaan dengan harta itu yang tertakluk pada jaminan.
Menjadi suatu syarat perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2) bahawa hasil bersih daripada pelupusan hendaklah digunakan bagi menjelaskan jumlah wang yang dijamin oleh jaminan atau yang kena dibayar di bawah perjanjian sewa beli, perjanjian pemajakan catel atau perjanjian pemegangan hakmilik dan jika hasil bersih daripada pelupusan itu adalah kurang daripada jumlah wang yang dijamin oleh jaminan itu atau yang kena dibayar di bawah mana-mana perjanjian itu, pemegang jaminan atau pemunya barang, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh membuktikan mengenai penggulungan bagi apa-apa baki yang kena dibayar kepadanya.
484 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
Jika suatu syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (6)
berhubung dengan dua sekuriti atau lebih, syarat itu hendaklah menghendaki supaya hasil bersih daripada pelupusan digunakan bagi menjelaskan jumlah wang yang dijamin oleh sekuriti itu mengikut susunan keutamaan sekuriti itu.
Seseorang pengurus kehakiman yang, tanpa alasan yang munasabah, melanggar subseksyen (6) atau (7) melakukan suatu kesalahan dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh dianggap sebagai menjejaskan permohonan kepada Mahkamah di bawah seksyen 425.