Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VIII · Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

411. Section 411

Feedback & support
(1)

Apabila perintah pengurusan kehakiman dibuat—

(a)

mana-mana penerima atau penerima dan pengurus hendaklah mengosongkan jawatan; dan

(b)

apa-apa permohonan bagi penggulungan syarikat hendaklah ditolak.

(2)

Jika mana-mana penerima atau penerima dan pengurus mengosongkan jawatan di bawah perenggan (1)(a)—

478 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(a)

saraannya dan perbelanjaan yang dilakukan dengan sepatutnya oleh penerima atau penerima dan pengurus itu;

dan

(b)

apa-apa ganti rugi yang baginya penerima atau penerima dan pengurus itu berhak daripada aset syarikat, hendaklah dicajkan kepada dan, tertakluk pada subseksyen (4), dibayar daripada apa-apa harta yang berada dalam jagaannya atau di bawah kawalannya pada masa itu dengan memberikan keutamaan kepada apa-apa jaminan yang dipegang oleh orang itu yang olehnya atau bagi pihaknya penerima atau penerima dan pengurus itu dilantik.

(3)

Tiada penerima atau penerima dan pengurus sesuatu syarikat yang mengosongkan jawatan di bawah perenggan (1)(a) boleh dikehendaki supaya mengambil langkah-langkah untuk mematuhi mana-mana kewajipan yang dipertanggungjawabkan ke atasnya oleh seksyen 391 pada atau selepas mengosongkan jawatan sedemikian.

(4)

Sepanjang tempoh yang suatu perintah pengurusan kehakiman berkuat kuasa—

(a)

tiada ketetapan boleh diluluskan atau perintah dibuat bagi penggulungan syarikat;

(b)

tiada penerima atau penerima dan pengurus daripada jenis yang disebut dalam seksyen 374 boleh dilantik;

(c)

tiada prosiding lain dan tiada pelaksanaan atau proses undang-undang lain boleh dimulakan atau diteruskan dan tiada distres boleh dikenakan terhadap syarikat atau hartanya kecuali dengan persetujuan pengurus kehakiman atau dengan keizinan Mahkamah dan, jika Mahkamah memberikan keizinan, tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang dikenakan oleh Mahkamah;

(d)

tiada langkah boleh diambil untuk menguatkuasakan jaminan ke atas harta syarikat atau untuk memiliki semula apa-apa barang dalam milikan syarikat di bawah mana-mana perjanjian sewa beli, perjanjian pemajakan catel atau

Syarikat 479

perjanjian pemegangan hakmilik, kecuali dengan persetujuan pengurus kehakiman atau keizinan Mahkamah dan tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang dikenakan oleh

Mahkamah; dan

(e)

tiada langkah boleh diambil untuk memindahkan apa-apa syer syarikat atau untuk mengubah kedudukan mana-mana anggota syarikat kecuali dengan keizinan Mahkamah dan, jika Mahkamah memberikan keizinan, tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang dikenakan oleh Mahkamah.

(5)

Walau apa pun perenggan (4)(d), pemiutang bercagar boleh, selepas memberikan pemberitahuan kepada pengurus kehakiman, menguatkuasakan cagaran atas harta alih syarikat atau memiliki semula apa-apa barang dalam milikan syarikat di bawah mana-mana perjanjian sewa beli, perjanjian pemajakan catel atau perjanjian pemegangan hakmilik semasa perintah pengurusan kehakiman masih berkuat kuasa dengan mana-mana atau semua syarat yang berikut:

(a)

pengurus kehakiman mengesahkan bahawa barang atau harta alih itu tidak diperlukan oleh syarikat yang berada di bawah perintah pengurusan kehakiman;

(b)

perintah pengurusan kehakiman itu menimbulkan risiko tinggi terhadap kewujudan barang atau harta alih itu; atau

(c)

nilai barang atau harta alih itu menurun disebabkan oleh perintah pengurusan kehakiman itu.

Report

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules