Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VIII · Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

401. Pelaksanaan cadangan

Feedback & support
(1)

Orang yang pada masa ini menjalankan, berhubung dengan perkiraan sukarela, fungsi yang diberikan—

(a)

kepada penama menurut kuasa kelulusan yang diberikan dalam satu atau kedua-dua mesyuarat yang dipanggil di bawah seksyen 399; atau

(b)

kepada mana-mana orang lain selain penama yang merupakan seorang pengamal insolvensi, hendaklah dikenali sebagai penyelia perkiraan sukarela.

Syarikat 469

(2)

Mahkamah boleh mengarahkan supaya penama digantikan oleh orang yang lain yang layak untuk bertindak sebagai penama berhubung dengan perkiraan sukarela atas permohonan—

(a)

oleh pengarah atau Pegawai Penerima dalam hal jika penama tidak mematuhi mana-mana kewajipan yang dikenakan ke atas penama di bawah Jadual Ketujuh atau penama telah mati; atau

(b)

oleh pengarah atau Pegawai Penerima atau penama dalam hal jika tidak sesuai bagi penama untuk terus bertindak.

(3)

Seseorang hanya boleh dilantik sebagai penama gantian di bawah Jadual Ketujuh jika orang itu mengemukakan suatu pernyataan yang menyatakan persetujuannya untuk bertindak sebagai penama kepada Mahkamah.

(4)

Jika mana-mana pemiutang syarikat atau mana-mana orang lain tidak berpuas hati dengan apa-apa perbuatan, peninggalan atau keputusan penyelia, pemiutang syarikat itu boleh merayu kepada

Mahkamah dan setelah menerima permohonan rayuan itu, Mahkamah boleh—

(a)

mengesahkan, mengakas atau mengubah suai apa-apa perbuatan atau keputusan penyelia;

(b)

memberikan arahan kepada penyelia; atau

(c)

membuat apa-apa perintah lain sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah.

(5)

Penyelia boleh memohon kepada Mahkamah bagi arahan berhubung dengan apa-apa perkara tertentu yang berbangkit di bawah perkiraan sukarela dan termasuk dalam kalangan orang yang boleh memohon kepada Mahkamah bagi penggulungan syarikat atau bagi suatu perintah pengurusan kehakiman dibuat berhubung dengan penggulungan syarikat.

(6)

Mahkamah boleh membuat suatu perintah yang melantik seseorang yang layak untuk bertindak sebagai pengamal insolvensi

470 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

atau diberi kuasa untuk bertindak sebagai penyelia, berhubung dengan perkiraan sukarela, sama ada sebagai pengganti bagi penyelia sedia ada atau untuk mengisi kekosongan jika—

(a)

adalah suai manfaat untuk melantik seseorang bagi menjalankan fungsi penyelia; dan

(b)

adalah tidak suai manfaat, sukar atau tidak praktik bagi suatu pelantikan dibuat tanpa bantuan Mahkamah.

(7)

Kuasa yang diberikan oleh subseksyen (6) boleh dijalankan—

(a)

untuk meningkatkan bilangan orang yang menjalankan fungsi seseorang penyelia; atau

(b)

untuk menggantikan satu daripada orang itu atau lebih jika terdapat lebih daripada satu orang yang menjalankan fungsi itu.

Perkiraan yang berakhir sebelum waktunya

Report

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules