Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VIII · Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

408. Notis permohonan bagi perintah pengurusan kehakiman

Feedback & support
(1)

Apabila suatu permohonan bagi perintah pengurusan kehakiman dibuat kepada

Mahkamah, pemohon hendaklah menyebabkan notis tentang permohonan itu—

(a)

diiklankan dalam satu surat khabar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dalam bahasa kebangsaan dan satu surat khabar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dalam bahasa Inggeris; dan

(b)

hendaklah diberikan—

(i)

kepada syarikat, dalam hal jika pemiutang ialah pemohon; dan

(ii)

kepada mana-mana orang yang melantik atau berhak atau berkemungkinan berhak untuk melantik penerima atau penerima dan pengurus bagi keseluruhan, atau sebahagian besar keseluruhan harta suatu syarikat di bawah terma apa-apa debentur suatu syarikat.

(2)

Pemohon hendaklah memberitahu Pendaftar tentang apa-apa permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) mengikut bentuk dan cara yang ditentukan oleh Pendaftar.

Report

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules