Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian VIII · Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;
404. Permohonan kepada Mahkamah bagi syarikat diletakkan di bawah pengurusan kehakiman dan bagi pelantikan pengurus kehakiman
Feedback & supportSuatu permohonan bagi perintah supaya sesuatu syarikat ditempatkan di bawah pengurusan kehakiman dan bagi pelantikan pengurus kehakiman boleh dibuat kepada Mahkamah oleh syarikat atau pemiutang syarikat jika syarikat atau pemiutang syarikat itu menganggap bahawa—
(a)
syarikat tidak mampu atau akan menjadi tidak mampu untuk membayar hutangnya; dan
(b)
terdapat kebarangkalian yang munasabah untuk memulihkan syarikat atau mengekalkan semua atau sebahagian daripada perniagaannya sebagai suatu usaha berterusan atau supaya selainnya kepentingan pemiutang lebih terjaga daripada mengambil keputusan untuk menggulung syarikat.