Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian VIII · Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;
407. Penamaan bagi pengurus kehakiman
Feedback & supportDalam mana-mana permohonan bagi suatu perintah pengurusan kehakiman di bawah seksyen 404, pemohon hendaklah menamakan seseorang yang merupakan pengamal insolvensi, yang bukan juruaudit syarikat, untuk bertindak sebagai pengurus kehakiman.
Syarikat 475
Mahkamah boleh menolak penamaan daripada pemohon di bawah subseksyen (1) dan boleh melantik orang lain yang merupakan pengamal insolvensi sebagai pengurus kehakiman.
Jika suatu penamaan dibuat oleh syarikat di bawah subseksyen (1), suatu majoriti dalam nilai pemiutang, termasuklah pemiutang luar jangka atau prospektif boleh didengari sebagai penentangan terhadap penamaan itu dan Mahkamah boleh, jika berpuas hati tentang nilai tuntutan pemiutang dan tentang alasan penentangan itu—
mempelawa pemiutang itu untuk menamakan seseorang yang merupakan pengamal insolvensi untuk bertindak sebagai pengurus kehakiman; dan
menerima pakai penamaan itu jika difikirkan sesuai oleh
Mahkamah.
Seorang pengurus kehakiman adalah berhak untuk menerima apa-apa gaji atau saraan secara peratusan atau selainnya sebagaimana yang ditentukan—
melalui perjanjian antara pengurus kehakiman dengan syarikat atau pemiutang, mengikut mana-mana yang berkenaan;
jika tiada perjanjian sedemikian, melalui suatu ketetapan yang diluluskan pada mesyuarat pemiutang oleh suatu majoriti yang tidak kurang daripada tujuh puluh lima peratus daripada nilai dan pemiutang yang hadir dengan sendiri atau melalui proksi dan mengundi dalam mesyuarat itu dan yang hutangnya telah diterima masuk ke dalam undi, yang mesyuarat hendaklah diadakan oleh pengurus kehakiman melalui suatu notis kepada setiap pemiutang yang kepada notis hendaklah dilampirkan penyata semua resit dan perbelanjaan oleh pengurus kehakiman dan amaun saraan yang diminta olehnya; atau
jika tiada penentuan mengikut cara yang disebut dalam perenggan (a) atau (b), oleh Mahkamah.
476 Undang-Undang Malaysia AKTA 777