Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian VIII · Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;
414. Kuasa dan kewajipan am pengurus kehakiman
Feedback & supportSelepas suatu perintah pengurusan kehakiman dibuat, pengurus kehakiman hendaklah meletakkan dalam jagaannya atau di bawah kawalannya segala harta yang kepadanya syarikat berhak atau didapati berhak.
Sepanjang tempoh yang suatu perintah pengurusan kehakiman berkuat kuasa, segala kuasa yang diberikan dan kewajipan yang dikenakan ke atas pengarah oleh Akta ini atau oleh perlembagaan syarikat hendaklah dijalankan dan dilaksanakan oleh pengurus kehakiman dan bukan oleh pengarah itu, tetapi tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh menghendaki pengurus kehakiman itu supaya memanggil apa-apa mesyuarat syarikat.
Pengurus kehakiman suatu syarikat hendaklah—
melakukan segala benda sebagaimana yang perlu bagi pengurusan hal ehwal, perniagaan dan harta syarikat itu; dan
Syarikat 481
melakukan segala benda lain sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah.
Tanpa menjejaskan keluasan perenggan (3)(a), kuasa yang diberikan oleh subseksyen itu hendaklah termasuk kuasa yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan.
Pengurus kehakiman boleh memohon kepada Mahkamah bagi arahan berhubung dengan apa-apa perkara tertentu yang berbangkit berkaitan dengan penjalanan fungsinya.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh dianggap sebagai membenarkan pengurus kehakiman bagi suatu syarikat untuk membuat apa-apa bayaran bagi menjelaskan apa-apa hutang yang kepadanya syarikat itu tertakluk apabila perintah pengurusan kehakiman dibuat melainkan jika—
bayaran yang dibuat itu dibenarkan oleh Mahkamah atau bayaran itu dibuat di bawah suatu kompromi atau perkiraan yang dibenarkan sedemikian; atau
bayaran itu dibuat bagi menjelaskan jumlah yang dijamin oleh suatu jaminan atau yang kena dibayar di bawah suatu perjanjian sewa beli, perjanjian pemajakan catel atau perjanjian pemegangan hakmilik yang kepadanya seksyen 415 terpakai.
Jika suatu permintaan dibuat oleh atau dengan persetujuan pengurus kehakiman bagi pemberian apa-apa bekalan termasuklah air, elektrik, gas dan telekomunikasi, selepas perintah pengurusan kehakiman dibuat—
pembekal boleh menjadikannya syarat pemberian bekalan itu yang pengurus kehakiman sendiri menjamin pembayaran apa-apa caj berkenaan dengan bekalan yang diberikan selepas pelantikan pengurus kehakiman; atau
pembekal tidak boleh menjadikannya syarat pemberian bekalan itu, atau melakukan apa-apa jua yang mempunyai kesan untuk menjadikannya syarat pemberian bekalan itu,
482 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
bahawa apa-apa caj tertunggak berkenaan dengan bekalan yang diberikan kepada syarikat sebelum perintah pengurusan kehakiman dibuat hendaklah dibayar.
Pengurus kehakiman bagi sesuatu syarikat boleh memanggil mesyuarat pemiutang syarikat, jika difikirkannya sesuai, dan hendaklah memanggil mesyuarat sedemikian jika dia diarahkan untuk berbuat demikian oleh Mahkamah.
Apa-apa pengubahan dalam perlembagaan yang dibuat menurut kuasa suatu perintah di bawah perenggan (3)(b) mempunyai kesan yang sama seolah-olah dibuat dengan sewajarnya melalui ketetapan syarikat, dan peruntukan Akta ini terpakai bagi perlembagaan itu sebagaimana yang diubah dengan sewajarnya sedemikian.
Pengurus kehakiman hendaklah menyerahkan suatu salinan pejabat bagi perintah yang membenarkan pengubahan perlembagaan di bawah perenggan (3)(b) kepada Pendaftar dalam masa empat belas hari dari perintah itu dibuat.
Seseorang yang berurusan dengan pengurus kehakiman sesuatu syarikat dengan suci hati dan bagi nilai tidak perlu mengambil tahu dengan bertanya sama ada pengurus kehakiman bertindak mengikut kuasanya.