Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

478. Pelantikan orang lain sebagai penyelesai selain Pegawai Penerima

Feedback & support
(1)

Jika seseorang selain Pegawai Penerima merupakan penyelesai interim atau penyelesai yang dilantik dalam penggulungan sesuatu syarikat oleh Mahkamah, orang itu—

(a)

tidak boleh bertindak sedemikian sehingga dia memberikan—

(i)

notis bertulis tentang pelantikannya kepada Pendaftar dan Pegawai Penerima; dan

(ii)

jaminan mengikut cara yang ditetapkan sehingga memuaskan hati Pegawai Penerima; dan

(b)

hendaklah memberi Pegawai Penerima apa-apa maklumat dan apa-apa akses kepada dan kemudahan bagi memeriksa buku syarikat, dan apa-apa bantuan sebagaimana yang dikehendaki untuk membolehkan pegawai itu melaksanakan tugasnya di bawah Akta ini.

(2)

Jika dua penyelesai atau lebih dilantik oleh Mahkamah, melainkan jika Mahkamah memperuntukkan selainnya secara nyata—

(a)

fungsi atau kuasa penyelesai boleh dilaksanakan atau dijalankan oleh mana-mana satu orang daripadanya atau kedua-duanya atau semuanya secara bersesama; dan

(b)

sebutan mengenai penyelesai hendaklah sebutan mengenai mana-mana satu daripada penyelesai.

(3)

Tertakluk pada Akta ini, perbuatan penyelesai hendaklah sah walau apa pun apa-apa kecacatan yang didapati selepas itu dalam pelantikan atau kelayakannya.

Syarikat 545

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules