Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
480. Pengawalan penyelesai diluluskan oleh Pegawai Penerima
Feedback & supportJika seseorang selain Pegawai Penerima menjadi penyelesai dalam penggulungan sesuatu syarikat oleh Mahkamah, Pegawai
Penerima hendaklah mengambil perhatian tentang pelakuan orang itu dan—
jika penyelesai tidak melaksanakan kewajipannya dengan jujur dan tidak menuruti dengan sewajarnya semua kehendak yang dikenakan ke atasnya oleh mana-mana undang-undang bertulis atau selainnya mengenai pelaksanaan kewajipannya;
atau
jika apa-apa aduan dibuat kepada Pegawai Penerima oleh mana-mana pemiutang atau penyumbang berkenaan dengan pelaksanaan kewajipannya,
Pegawai Penerima hendaklah menyiasat perkara itu, dan mengambil apa-apa tindakan mengenainya sebagaimana yang difikirkannya suai manfaat.
Sebagai tambahan kepada subseksyen (1), Pegawai Penerima boleh, pada bila-bila masa—
menghendaki penyelesai supaya menjawab apa-apa pertanyaan dan memberikan apa-apa maklumat atau dokumen berhubung dengan apa-apa penggulungan yang dalamnya penyelesai itu terlibat dan boleh memohon kepada
Mahkamah untuk memeriksa penyelesai itu atau mana-mana orang lain secara sumpah mengenai penggulungan syarikat itu; atau
Syarikat 547
mengarahkan suatu penyiasatan setempat dibuat tentang buku dan baucar penyelesai itu.