Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

479. Saraan bagi penyelesai dalam penggulungan oleh Mahkamah

Feedback & support
(1)

Seseorang penyelesai interim selain Pegawai Penerima hendaklah berhak untuk menerima gaji atau saraan secara peratusan atau selainnya sebagaimana yang ditentukan oleh Mahkamah.

(2)

Seseorang penyelesai selain Pegawai Penerima hendaklah berhak untuk menerima apa-apa gaji atau saraan secara peratusan atau selainnya sebagaimana yang ditentukan melalui—

(a)

suatu perjanjian antara penyelesai dengan jawatankuasa pemeriksaan, jika ada;

(b)

jika tiada perjanjian atau jika tiada jawatankuasa pemeriksaan, suatu ketetapan yang diluluskan dalam mesyuarat pemiutang oleh suatu majoriti yang tidak kurang daripada tiga per empat daripada nilai dan separuh daripada bilangan pemiutang yang hadir dengan sendiri atau melalui proksi dan mengundi dalam mesyuarat itu dan yang hutangnya telah diterima masuk untuk mengundi, yang mesyuarat itu hendaklah diadakan oleh penyelesai melalui suatu notis kepada setiap pemiutang yang kepada notis itu hendaklah dilampirkan suatu pernyataan tentang semua penerimaan dan perbelanjaan oleh penyelesai dan amaun saraan yang diminta olehnya; atau

(c)

Mahkamah, jika perjanjian atau penentuan di bawah perenggan (a) atau (b) gagal.

(3)

Jika gaji atau saraan seseorang penyelesai selain Pegawai

Penerima ditentukan mengikut cara yang dinyatakan dalam perenggan (2)(a), Mahkamah boleh, atas permohonan anggota yang pemegangan sahamnya mewakili dalam agregat yang tidak kurang daripada sepuluh peratus daripada modal keluaran syarikat, mengesahkan atau mengubah penentuan itu.

(4)

Jika gaji atau saraan seseorang penyelesai selain Pegawai

Penerima ditentukan mengikut cara yang dinyatakan dalam perenggan (2)(b), Mahkamah boleh, atas permohonan penyelesai itu

546 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

atau anggota yang disebut dalam subseksyen (3), mengesahkan atau mengubah penentuan itu.

(5)

Tertakluk pada mana-mana perintah Mahkamah, Pegawai

Penerima apabila bertindak sebagai penyelesai atau penyelesai interim bagi sesuatu syarikat adalah berhak untuk menerima apa-apa gaji atau saraan secara peratusan atau selainnya sebagaimana yang ditetapkan.

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules