Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

477. Pelantikan, gelaran, dsb., bagi penyelesai

Feedback & support
(1)

Peruntukan yang berikut mengenai penyelesai hendaklah mempunyai kuat kuasa setelah suatu perintah penggulungan dibuat:

(a)

jika seorang penyelesai diluluskan selain Pegawai Penerima tidak dilantik sebagai penyelesai syarikat, Pegawai Penerima hendaklah menurut kuasa jawatannya menjadi penyelesai

Syarikat 543

interim dan hendaklah terus bertindak sedemikian sehingga dia atau orang lain menjadi penyelesai dan berkeupayaan untuk bertindak sedemikian;

(b)

jika tiada penyelesai dilantik, Pegawai Penerima hendaklah memanggil mesyuarat yang berasingan bagi pemiutang dan penyumbang syarikat bagi maksud menentukan sama ada suatu permohonan perlu dibuat kepada Mahkamah bagi melantik penyelesai sebagai ganti Pegawai Penerima atau tidak;

(c)

Mahkamah boleh membuat apa-apa pelantikan dan perintah yang dikehendaki untuk menguatkuasakan apa-apa penentuan itu, dan, jika terdapat perbezaan antara penentuan mesyuarat pemiutang dengan penyumbang itu berkenaan dengan perkara yang disebut terdahulu, Mahkamah hendaklah memutuskan perbezaan itu dan membuat apa-apa perintah mengenainya sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah;

(d)

dalam hal jika seseorang penyelesai tidak dilantik oleh

Mahkamah,

Pegawai

Penerima hendaklah menjadi penyelesai bagi syarikat;

(e)

Pegawai Penerima hendaklah menurut kuasa jawatannya menjadi penyelesai sepanjang apa-apa kekosongan;

(f)

apa-apa kekosongan dalam jawatan seseorang penyelesai yang dilantik oleh Mahkamah boleh diisi oleh Mahkamah;

(g)

seorang penyelesai hendaklah diperihalkan, jika seseorang selain Pegawai Penerima menjadi penyelesai, dengan gelaran

“penyelesai”, dan, jika

Pegawai

Penerima menjadi penyelesai, dengan gelaran “Pegawai Penerima dan penyelesai”, bagi syarikat tertentu yang berkenaan dengannya dia dilantik, dan bukan dengan namanya sendiri.

544 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules