Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
483. Jagaan dan peletakhakan harta syarikat
Feedback & supportJika seseorang penyelesai interim dilantik atau suatu perintah penggulungan dibuat, penyelesai sementara itu atau penyelesai hendaklah dengan serta-merta meletakkan dalam jagaannya atau di bawah kawalannya segala harta yang kepadanya syarikat berhak atau didapati berhak.
548 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
Atas permohonan penyelesai, Mahkamah boleh mengarahkan supaya segala atau mana-mana bahagian harta yang dipunyai oleh syarikat atau dipegang oleh pemegang amanah bagi pihak syarikat hendaklah terletak hak pada penyelesai dan harta itu hendaklah, tertakluk pada subseksyen (3), terletak hak dengan sewajarnya dan penyelesai boleh, selepas memberikan apa-apa tanggung rugi, jika ada, sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah, membawa atau mempertahankan apa-apa tindakan yang berhubung dengan harta itu atau yang baginya adalah perlu dibawa atau dipertahankan bagi maksud menggulung syarikat dan mendapatkan harta syarikat itu dengan berkesan.
Jika sesuatu perintah dibuat di bawah subseksyen (2), tiap-tiap penyelesai yang berhubung dengannya perintah itu dibuat hendaklah dalam masa tujuh hari dari perintah itu dibuat—
menyerah simpan suatu salinan pejabat bagi perintah itu dengan Pendaftar; dan
jika perintah itu berhubung dengan tanah, menyerah simpan suatu salinan pejabat bagi perintah itu dengan pihak berkuasa yang berkenaan berkaitan dengan pendaftaran atau perekodan urusan mengenai tanah itu.
Tiada perintah peletakhakan yang disebut dalam seksyen ini boleh mempunyai kesan untuk memindahkan atau selainnya meletakhakkan apa-apa tanah sehingga catatan yang berkenaan dibuat mengenai pemindahan atau peletakhakan itu oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
Seseorang penyelesai yang melanggar kehendak subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Syarikat 549