Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
484. Pengemukaan pernyataan tentang hal ehwal syarikat
Feedback & supportSuatu pernyataan tentang hal ehwal syarikat pada tarikh perintah penggulungan yang menunjukkan—
butir-butir tentang aset, hutang dan liabilitinya;
nama dan alamat pemiutangnya;
sekuriti yang dipegang oleh pemiutang masing-masingnya;
tarikh apabila sekuriti diberikan masing-masingnya; dan
apa-apa maklumat selanjutnya sebagaimana yang ditetapkan atau sebagaimana yang dikehendaki oleh penyelesai, hendaklah dibuat oleh satu orang atau lebih dalam subseksyen (2) dan ditentusahkan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh
Pendaftar dan dikemukakan kepada penyelesai.
Pernyataan dalam subseksyen (1) hendaklah dibuat dan dikemukakan oleh satu orang atau lebih yang, pada tarikh perintah penggulungan, merupakan pengarah dan oleh setiausaha syarikat, atau oleh mana-mana orang yang berikut sebagaimana yang dikehendaki oleh penyelesai, tertakluk pada arahan Mahkamah:
seseorang yang menjadi atau telah menjadi pegawai syarikat;
seseorang yang mengambil bahagian dalam penubuhan syarikat, pada bila-bila masa dalam masa satu tahun sebelum tarikh perintah penggulungan itu; atau
seseorang yang menjadi atau telah menjadi dalam tempoh itu, pegawai atau bekerja dengan sesuatu perbadanan yang menjadi, atau dalam tempoh itu telah menjadi, pegawai syarikat yang dimaksudkan oleh pernyataan itu.
Pernyataan dalam subseksyen (1) hendaklah dikemukakan dalam masa empat belas hari dari tarikh perintah penggulungan atau
550 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
dalam apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang dinyatakan oleh penyelesai atau Mahkamah bagi sebab khas.
Dalam masa tujuh hari dari penerimaan pernyataan dalam subseksyen (2)—
penyelesai termasuk
Pegawai
Penerima hendaklah menyebabkan suatu salinan pernyataan itu difailkan dengan
Mahkamah dan diserah simpan dengan Pendaftar; dan
jika Pegawai Penerima bukan penyelesai, penyelesai hendaklah menyebabkan suatu salinan pernyataan itu diserah simpan dengan Pegawai Penerima.
Mana-mana orang yang membuat atau bersetuju untuk membuat pernyataan yang dikehendaki oleh seksyen ini boleh, tertakluk pada kaedah-kaedah, dibenarkan dan dibayar daripada aset syarikat apa-apa kos dan perbelanjaan yang dilakukan dalam dan mengenai penyediaan dan pembuatan pernyataan itu sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh penyelesai tertakluk pada rayuan kepada Mahkamah.
Mana-mana orang yang melanggar kehendak seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Laporan oleh penyelesai