Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

485. Section 485

Feedback & support
(1)

Penyelesai hendaklah, dengan seberapa cepat yang dapat dilaksanakan dari penerimaan pernyataan tentang hal ehwal, mengemukakan suatu laporan permulaan kepada Mahkamah—

(a)

tentang amaun modal yang dikeluarkan, dilanggan dan dibayar dan anggaran amaun aset dan liabiliti;

(b)

jika syarikat gagal, tentang sebab-sebab kegagalan itu; dan

Syarikat 551

(c)

sama ada pada pendapat penyelesai itu siasatan selanjutnya diperlukan tentang apa-apa perkara yang berhubungan dengan penganjuran, penubuhan atau kegagalan syarikat atau penjalanan perniagaan syarikat.

(2)

Sebagai tambahan kepada subseksyen (1), penyelesai boleh, jika difikirkannya patut, membuat laporan selanjutnya yang menyatakan—

(a)

cara syarikat ditubuhkan dan sama ada pada pendapatnya apa-apa fraud telah dilakukan atau apa-apa fakta material telah disembunyikan oleh mana-mana orang dalam penganjuran atau penubuhan syarikat itu atau oleh mana-mana pegawai berhubung dengan syarikat itu sejak penubuhannya;

(b)

sama ada mana-mana pegawai syarikat melanggar atau tidak mematuhi Akta ini; dan

(c)

menyatakan apa-apa perkara lain yang pada pendapatnya adalah perlu untuk dibawa kepada pengetahuan Mahkamah.

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules