Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
494. Perkara yang berhubungan dengan penggantungan dan penamatan penggulungan
Feedback & supportAtas apa-apa permohonan di bawah seksyen 492 dan 493,
Mahkamah boleh, sebelum membuat suatu perintah, menghendaki penyelesai supaya memberikan suatu laporan mengenai apa-apa fakta atau perkara yang pada pendapatnya adalah berkaitan.
Mahkamah boleh, apabila membuat suatu perintah di bawah seksyen 492 dan 493 atau pada bila-bila masa selepas membuat perintah itu, membuat apa-apa perintah lain sebagaimana yang difikirkannya patut berkaitan dengan penangguhan atau penamatan penggulungan itu.
Jika Mahkamah telah membuat perintah menamatkan penggulungan di bawah seksyen 493, Mahkamah boleh memberikan apa-apa arahan yang difikirkan patut untuk memulakan semula pengurusan dan kawalan syarikat bagi memilih pengarah syarikat untuk mengambil jawatan semasa penamatan penggulungan.
Kos prosiding di hadapan Mahkamah di bawah seksyen 492
dan 493 dan kos yang ditanggung untuk mengadakan mesyuarat anggota syarikat mengikut perintah Mahkamah di bawah seksyen 493, jika Mahkamah mengarahkan sedemikian, membentuk sebahagian daripada kos, caj dan perbelanjaan penggulungan.
Suatu salinan fail bagi tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah seksyen 492 dan 493 hendaklah diserah simpan oleh syarikat dengan
Pendaftar dan Pegawai Penerima dan jika permohonan dibuat oleh pemiutang atau penyumbang, disampaikan kepada penyelesai dalam masa empat belas hari dari perintah itu dibuat.
Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan dalam hal suatu kesalahan yang
Syarikat 559
berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.