Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

488. Penyelesai hendaklah membayar wang yang diterima ke dalam akaun bank

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap penyelesai hendaklah, mengikut cara dan pada masa yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah, membayar wang yang diterima olehnya ke dalam apa-apa akaun bank sebagaimana yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah itu atau sebagaimana yang dinyatakan oleh Mahkamah.

(2)

Jika mana-mana penyelesai menyimpan lebih daripada sepuluh hari jumlah melebihi sepuluh ribu ringgit, atau jumlah lain yang

Mahkamah dalam mana-mana kes tertentu memberi kuasa untuk

Syarikat 553

disimpannya, maka melainkan jika dia menjelaskan penyimpanan itu sehingga memuaskan hati Mahkamah dia hendaklah membayar faedah ke atas jumlah yang disimpan melebihi daripada yang dikira dari habis tempoh sepuluh hari sehingga dia mematuhi subseksyen (1) pada kadar dua puluh peratus setahun, dan hendaklah bertanggungan—

(a)

untuk tidak membenarkan semua atau sebahagian daripada saraannya yang difikirkan patut oleh Mahkamah;

(b)

untuk dipecat daripada jawatannya oleh Mahkamah; dan

(c)

untuk membayar apa-apa perbelanjaan yang disebabkan oleh keingkarannya.

(3)

Mana-mana penyelesai yang membayar apa-apa wang yang diterima olehnya sebagai penyelesai ke dalam mana-mana bank atau akaun selain bank atau akaun yang ditetapkan atau dinyatakan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

Penetapan senarai penyumbang dan penggunaan asset

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules