Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
487. Penjalanan dan pengawalan kuasa penyelesai
Feedback & supportTertakluk pada Penggal ini, penyelesai hendaklah, dalam pentadbiran aset syarikat dan dalam pembahagian aset itu di kalangan pemiutangnya, mengambil kira apa-apa arahan yang diberikan melalui ketetapan pemiutang atau penyumbang dalam mana-mana mesyuarat agung atau oleh jawatankuasa pemeriksaan, dan apa-apa arahan yang diberikan sedemikian oleh pemiutang atau penyumbang itu hendaklah mengatasi apa-apa arahan yang diberikan oleh jawatankuasa pemeriksaan dalam hal percanggahan.
Penyelesai boleh memanggil mesyuarat agung pemiutang atau penyumbang bagi maksud memastikan kemahuan mereka dan dia hendaklah memanggil mesyuarat pada bila-bila masa sebagaimana yang diarahkan oleh pemiutang atau penyumbang melalui ketetapan atau bila mana diminta secara bertulis untuk berbuat demikian oleh tidak kurang daripada sepuluh peratus daripada nilai pemiutang atau penyumbang.
Penyelesai boleh memohon kepada Mahkamah bagi arahan berhubung dengan apa-apa perkara tertentu yang berbangkit di bawah penggulungan itu.
Tertakluk pada Penggal ini, penyelesai hendaklah menggunakan budi bicaranya sendiri dalam pentadbiran hal ehwal dan harta syarikat dan pembahagian asetnya.