Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
492. Kuasa Mahkamah untuk menangguhkan penggulungan
Feedback & supportPada bila-bila masa selepas suatu perintah bagi penggulungan dibuat, Mahkamah boleh, atas permohonan penyelesai
Syarikat 557
atau mana-mana pemiutang atau penyumbang dan apabila dibuktikan sehingga memuaskan hati Mahkamah bahawa segala prosiding berhubung dengan penggulungan syarikat patut ditangguhkan, membuat suatu perintah yang menangguhkan penggulungan syarikat itu selama tempoh yang dinyatakan mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.
Jika
Mahkamah membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1), penyelesai hendaklah terhenti menjalankan apa-apa tindakan selanjutnya bagi pihak syarikat dari tarikh perintah itu.